CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Kena Kuarantin, Tapi Syafiq Farhain Ditugaskan Sanitize Ambulans

5-7-2021 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2541| Komen: 1

Perkongsian penyanyi Syafiq Farhain di Instastory menunjukkan dirinya berada di pusat kuarantin Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps) dengan memakai pakaian hospital menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.


Bagaimanapun, Syafiq atau Nursyafiq Farhain A.M Salim, menjelaskan dia ditugaskan untuk melakukan sanitasi setiap kenderaan yang membawa pesakit Covid-19 di pusat kuarantin itu.


Kredit foto: IG Syafiq

"Saya berada di Maeps bukan sebab kena jalani kuarantin tapi saya bertugas di sini. Hari ini hari pertama saya bertugas bersama team seramai lima orang.

"Kami ditugaskan untuk sanitize semua kenderaan yang membawa pesakit Covid-19. Macam hari ini, saya bertugas 24 jam dari pukul 9 pagi hingga 9 pagi, esok.

"Untuk sesi pagi ini, tak banyak kenderaan yang masuk tapi mungkin petang nanti baru banyak. Sebab katanya selalu dalam sehari ada 100 hingga 200 kenderaan bawa pesakit Covid," katanya kepada mStar.


Terdahulu, penyanyi lagu Kau Bidadari itu berkongsi video dia berada di pusat kuarantin Maeps menerusi laman Instastory miliknya pada Isnin.

Untuk rekod, Syafiq pernah disahkan positif Covid-19 pada Februari lalu selepas mengalami rasa tidak sihat badan dan mengambil keputusan melakukan ujian saringan.

Dalam pada itu, Syafiq yang juga anggota bomba di Balai Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya mengakui dia dan rakan-rakan berdepan risiko jangkitan virus itu.

Menurut Syafiq, biarpun memakai memakai pakaian perlindungan diri (PPE) namun mereka tetap perlu melakukan persediaan lebih.

"Memang risiko besar sebab kami terdedah sangat dengan virus Covid-19. Kami kena santize setiap ambulans, bas atau apa saja kenderaan yang bawa pesakit Covid-9.

"Jadi, memang kena lebih persiapkan diri... risau dijangkiti tapi paling risau kalau kita yang jadi pembawa virus itu. Walaupun dah pakai baju PPE lengkap dan ikut SOP, tapi kemungkinan untuk dijangkiti itu masih ada.

"Sebab nak pakai baju PPE tu ada cara dan nak buang baju itu pun kena ikut cara yang betul. Kalau salah cara sikit, kemungkinan besar boleh dijangkiti virus itu," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-7-2021 04:39 PM
Sian sapik... Jaga diri tau

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.025591 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top