Enggan terkait pengaruh negatif yang akhirnya mampu menjejaskan kesihatan mental, pelakon dan juga penyanyi, Isyariana mengambil pendekatan untuk tidak terlalu aktif dalam media sosial.
Isyariana atau nama lengkapnya Isyariana Che Azmi berkata, dia mengambil langkah sedemikian kerana berasakan media sosial lebih banyak membawa perkara negatif dalam hidupnya, khususnya ketika persekitaran masih dihantui pandemik. “Saya tidak mahu terlalu terikat dengan media sosial kerana pengaruhnya sangat luas. Ada yang membawa pengaruh positif, tetapi kebanyakannya menjurus kepada perkara negatif. “Lagi pun saya rasa perkara ini baik untuk saya kekalkan kesihatan minda dan jiwa saya dengan mengurangkan aktiviti dalam media sosial dan lebih fokus untuk memperbaiki diri,” katanya kepada Kosmo! Online.
Disoal tentang perasaan yang dialaminya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu, pemenang Artis Baharu Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2020 itu mengakui tidak terlepas daripada berdepan tekanan kerana tiada pekerjaan. Dia percaya ramai lagi individu lain turut melalui kondisi sama lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan PKP untuk tempoh yang panjang.
|
aammyy replied at 5-7-2021 04:31 PM
Halo wartawan cari. Tolong bukak benang pasal mak mertua mira basic. Isu tengah panas kat twitter sk ...
slyfynx replied at 5-7-2021 04:34 PM
Eh jap, aku rase baru tadi aku taip kt satu lg benang lain yang aku x kenal nama, muka and bakat die
ADVERTISEMENT