CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas 18 Bulan Ditahan, 'Bahtera Nabi Nuh' Kembali Belayar

5-7-2021 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3456| Komen: 13

Replika gergasi struktur digambarkan sebagai 'bahtera Nabi Nuh' yang sebelum ini ditahan selama 18 bulan di Ipswich, England, akhirnya dibenarkan belayar menuju Belanda.

Kapal yang pada asalnya dibina untuk dijadikan muzium tiba di Ipswich pada November 2019 dan tersadai selama tiga bulan di negara itu.



Kredit foto: BBC/ABP

BBC melaporkan pihak berkuasa menemui pelbagai masalah menyebabkan kapal sepanjang 70 meter itu ditahan dan tidak dibenarkan belayar berdasarkan undang-undang laut di England.

Ketika itu, Badan Penjaga Pantai dan Kelautan England (MCA) menyatakan kapal itu boleh meninggalkan Ipswich selepas masalah dibangkitkan, diatasi.

Media setempat, Ipswich Star melaporkan kapal itu ditahan pihak berkuasa kerana dokumen tidak lengkap selain maklumat yang kurang jelas untuk belayar.

Dalam kiriman e-mel pihak berkuasa yang juga diperoleh Ipswich Star berdasarkan undang-undang kebebasan maklumat, kapal itu tidak mempunyai maklumat lengkap berkaitan stabiliti dan berat kapal.


"Mereka bimbang kapal berusia 61 tahun tidak layak belayar dan isu keselamatan dibangkitkan," katanya.

Pemilik kapal itu, Aad Peters, warga Belanda seorang produser televisyen.

Ketika kapal itu ditahan, Peters mengatakan replika kapal itu mempunyai insurans dan sudah lulus beberapa pemeriksaan dan pengujian.



Kapal itu juga pernah tersadai di beberapa negara Eropah dan tidak didaftarkkan di mana-mana negara tertentu.

"Kebimbangan mengenai peralatan keselamatan berjaya diatasi dan sudah ada sijil pengesahan, demikian juga dengan bayaran yang harus diselesaikan," kata Peters.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 5-7-2021 04:30 PM
Pergggh.. Zombie proof ship ni
Quote dani-rox 5-7-2021 05:01 PM
dah alang2 tuh, cer masukkan sepasang setiap hewan yg ada di donia ini
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 05:37 PM
Uishhh besar
Quote AbukRokok 5-7-2021 06:04 PM
nak pg niu jialand le tu
Quote MsPercy 5-7-2021 11:01 PM
Wahhh rase mcm nak naik kapal tu
Quote AyaqMeloSuam 5-7-2021 11:17 PM
Dlm kapal tu kuaq vampie.. mcm crita 30 days {:cryrun
Quote ImpianSeroja 5-7-2021 11:27 PM
Wow besaunya kapal
Quote supernaturalee 6-7-2021 01:28 AM
demikian juga dengan bayaran yang harus diselesaikan"

Byrn on paper ke byrn ape ke

Anyway dlm artikel tulis replika
Seriously mmg btl2 function
So what's inside the arc

Gitu, bahtera dlm bhs melayu
Bkn kapal ye
Hehehe

Quote I.K.A888990 6-7-2021 02:31 AM
tapi mmg besar giler wei. takut pulak tgk
Quote batmana 6-7-2021 05:24 AM
Usia kapal bukan 61 tahun
Baru dibuat tahun 2000, 2007 dibuka kt public..pstu dijual kt aad Peters tu.
Ni pn 1/2 scale dari ukuran sebenar
Quote Simunggu 6-7-2021 12:19 PM
kapal bawa vaksin pg Sabah supply pg  PPV yg tutup baranagkali
Quote gigahertz 23-7-2021 07:12 PM
dani-rox replied at 5-7-2021 09:01 AM
dah alang2 tuh, cer masukkan sepasang setiap hewan yg ada di donia ini

kena nyanyi lagu bahtera merdeka atas tu
Quote gideoncross 20-9-2021 10:55 AM
Edited by gideoncross at 20-9-2021 10:57 AM
gigahertz replied at 23-7-2021 07:12 PM
kena nyanyi lagu bahtera merdeka atas tu


Astaga uol hahahaha, iol imagine plak uol nyanyi kat ats tu dgn pnuh smangat.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.078908 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top