CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 27 Tahun Mati Tergantung Pada Dahan Pokok

5-7-2021 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5484| Komen: 29

SERDANG – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dalam keadaan tergantung pada dahan sebatang pokok di Jalan DU 1 Damai Utama, Puchong di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan tersebut pada pukul 6.57 pagi daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi.


Gambar Hiasan

“Anggota bertugas yang tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian telah melakukan pemeriksaan dan menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tergantung dengan tali pada bahagian dahan sebatang pokok.

“Simati merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun dan pemeriksaan fizikal pada mayat berkenaan tidak menemui sebarang kesan kecederaan akibat perbuatan jenayah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut beliau, semakan yang dilakukan mendapati mangsa tiada sebarang rekod perubatan lampau namun si mati dikatakan mempunyai masalah keluarga.

“Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) manakala keputusan punca kematian akan dimaklumkan selepas bedah siasat selesai,” ujar beliau. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 5-7-2021 02:14 PM
tadi..myanmar..la ni orng tempatan la plak...
Quote Minami2013 5-7-2021 02:17 PM
Adakah dulu pun byk kes bunuh diri atau sbb covid baru byk coverage? Ada statistic?
Quote Artemesiaa 5-7-2021 02:24 PM
Setiap hari ada je kes macam ni dilapurkan sejak kebelakangan ni
Quote ellejo 5-7-2021 02:40 PM
sekarang bertebaran di fb kata org bunuh diri ni tak cukup iman lalu samakan situasi dgn palestin yg berperang sana nun.


jahat org malaysia ni sebenarnya.
Quote famri7 5-7-2021 02:42 PM
Malaysian are glorifying sucides..semua orang dan nenek mereka share video orang terjun, kerat jari sebab nkbtunjuk they care....ummah suchi nevee do things right.
Quote Orix 5-7-2021 02:50 PM
Kesian….. masalah apa lah agaknya…
Quote biskutraya 5-7-2021 03:20 PM
Aku nak tanya la.. dah lama terfikir.. tolak tepi la agama ke bangsa apa pun.. kita ditakdirkan mati dalam pelbagai cara.. cth mcm eksiden ke, kene bunuh ke bunuh diri ke.. tapi kita tahu bunuh diri kan dosa besar.. macam mana ya nak describe? Itu ajal kita tapi tu dosa besar..
Quote syamzana 5-7-2021 03:23 PM
biskutraya replied at 5-7-2021 03:20 PM
Aku nak tanya la.. dah lama terfikir.. tolak tepi la agama ke bangsa apa pun.. kita ditakdirkan mati ...

org bunuh diri ni mental tak stabil dah. maybe diluar kewarasan dia dah.secara logiknya manusia ni takut mati sbb takut rasa sakit tu. tak mungkin dlm keadaan normal tup2 amik tali p gantung diri
Quote nazzse 5-7-2021 03:34 PM
biskutraya replied at 5-7-2021 07:20 AM
Aku nak tanya la.. dah lama terfikir.. tolak tepi la agama ke bangsa apa pun.. kita ditakdirkan mati ...

Sbb itu iman kena kuat. & kena redha. Iols sendiri pernah ada suicidal thought, but bila fikir nanti Allah tak terima & nabi tak ngaku umat lepas tu takleh jumpa parents dah, istighfar balik. Iols paling takut tu. Iman ada turun naik, nak taknak diri sendiri kena counter bila ada thought mcm ni. Cakap dgn pakar tak selesaikan masalah pun.
Quote Kurex 5-7-2021 04:33 PM
Aku pesan dekat kawan2 fb aku yg perasan bagus tu, kalau ada orang yg luahkan perasaan, marah2 dekat status, biarkan & tanya masalah dia. biar dia lepaskan tekanan. Bukan kau kritik kenapa dia meroyan. Amboiii kau.. kau meroyan tiap masa, takpe. Orang lain tak boleh. Biar orang tu luahkan perasaan dari memendam sehingga melarat
Quote mclaren 5-7-2021 04:39 PM
Minami2013: Adakah dulu pun byk kes bunuh diri atau sbb covid baru byk coverage? Ada statistic?

Ada keluar news seminggu dua lepas (try google) statistik 2019 bs 2020 katanya lebih kurang sama ramai?
Finding it hard to believe.
Quote kotakominami 5-7-2021 04:41 PM
Kalau ade kat sini yg rase nak give up tu elok jauhkan diri dari socmed...nanti tgok kawan kawan awk bahagia, ade kete ,rumah, anak , pi holiday sume mesti awak rase lagi down sebab awak takde semua tu....sebenarnya apa yg diorang tunjukkan tu cume 5% je dr seluruh idup diorang....kat dalam rumah dia mungkin ade masalah mcm kita....jgn putus asa ok....kita sama sama cuba one step at a time....jgn fikir sgt benda yg kita tak boleh kontrol....just buat yg terbaik untuk benda yg kita boleh kontrol...ade hasil dia...
Quote biskutraya 5-7-2021 04:49 PM
syamzana replied at 5-7-2021 03:23 PM
org bunuh diri ni mental tak stabil dah. maybe diluar kewarasan dia dah.secara logiknya manusia ni ...

Betul tu.. takde orang normal nak cabut nyawa sendiri.. cuma terfikir itu cara ajalnya menjemput. ajal Allah dah tetapkan.. eh dah la taknak fikir sangat macam aku pulak tuhan.. kang aku pulak yang jadi x waras.. haha.. takpe faham maksud u tu.. thanks ya..
Quote biskutraya 5-7-2021 04:51 PM
nazzse replied at 5-7-2021 03:34 PM
Sbb itu iman kena kuat. & kena redha. Iols sendiri pernah ada suicidal thought, but bila fikir nan ...

Ya betul.. tu la terfikir je.. takpela.. kita tak tau apa Allah dah tetapkan utk dia dengan cara ajal menjemput begitu.. thanks ya..
Quote kalchi 5-7-2021 04:55 PM
Rasa giving up mengatasi rasa takut. Dah tak mampu menghadapi semua di dunia ni, rasa empty, rasa useless, ada bisikan2 dlm kepala. Nak bgtau org masalah pun, org lain ada keluarga sendiri masalah sendiri. Sebenarnya wlpn ramai antara kita cakap kononnya check on your family, check on your kawan2, hakikat nya tak ramai ada rasa empathy dan bole dgr dgn baik. Kdg pulak bila support dah ada, diri sendiri tak bole lawan. Kene  intervention jugak kot.
Quote noor2 5-7-2021 04:59 PM
Kurex replied at 5-7-2021 04:33 PM
Aku pesan dekat kawan2 fb aku yg perasan bagus tu, kalau ada orang yg luahkan perasaan, marah2 dekat ...

Ya betul sangat....setuju apa yy kurex sebut...biar dia luahkan perasaan lepas tu kita cuba rapat dengan dia. ..
Quote LoveSungmin 5-7-2021 05:07 PM
muda lagi.. masalah keluarga apa la yang teruk sangat agaknya..
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 05:36 PM
Kesiannya... mungkin pada dia dah takde jalan lain..
Quote monreyes 5-7-2021 06:26 PM
masalah rumahtangga lah tu....

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.037786 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top