DIGHA: Seorang wanita warga emas dibunuh termasuk kepalanya dipenggal kerana disyaki mengamalkan ilmu hitam di daerah Mayurbhanj di Odisha, India.
Lapor India Today, pegawai polis daerah Karanjia, Sudarshan Gangoi berkata, wanita berusia 62 tahun itu dikenali sebagai Jamuna Hansdah yang berasal dari kampung Balibhol. Menurut Sudarshan, mayat warga emas tanpa kepala itu dijumpai di sebuah kawasan berhampiran kampung tersebut semalam. Jelasnya, setakat ini, kepala warga emas itu masih belum ditemukan. Kata Sudarshan, dua pemuda ditahan untuk disoal siasat berhubung kejadian itu. Menurut polis, ahli keluarga Jamuna mendakwa wanita itu menjadi sasaran selepas kematian seorang penduduk di kampung itu baru-baru ini.
Katanya, kali terakhir Jamuna dilihat di kampung itu pada Sabtu lalu. Tambah polis, kes pembunuhan telah difailkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – CARI Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT