Umum mengetahui bapa kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sedang dirawat di hospital kerana kesihatannya semakin merosot sejak bulan lalu.
Malah Ebit kerap kali membuat hantaran di laman sosial berkongsi situasi kesihatan bapanya, Ibrahim Lew. Dalam perkongsian terbaharunya, Ebit yang sedang menjalani kuarantin selepas pulang daripada menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Gaza bergegas menziarahi bapanya yang tenat, siap dengan mengenakan sut kelengkapan pelindung diri (PPE). Dalam perkongsian tersebut juga, Ebit memaklumkan bahawa bapa kesayangannya yang berusia 84 tahun itu disahkan menghidap kanser perut tahap empat.
"Doktor kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. "Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full PPE dan test covid negatif. Terima kasih KKM, " tulisnya. Dalam nada berbaur sebak, Ebit meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat bersama-sama di samping bapanya ketika ini kerana masih berada dalam tempoh kuarantin. Ebit sering membuat perkongsian mengenai keadaan kesihatan bapanya di laman sosial. "Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye, "tulisnya. Jelas sedang bersedih, Ebit dalam masa yang sama turut memohon agar rakyat Malaysia mendoakan bapanya. "Pohon doakan buat ayah saya ye. "Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. "Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. "Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah, " tulisnya lagi. Sementara itu ruangan komen pada perkongsian Ebit di Instagram dibanjiri dengan doa dan kata-kata semangat netizen agar pendakwah tersebut tabah menghadapi ujian. "Bertabah dan kuat kan semangat ustaz. "Allahuakhbar. Besar ujian ustaz. Moga Allah permudahkan urusan ustaz. "Semoga yang baik-baik buat keluarga ustaz, semoga ayah ustaz diberikan kesembuhan, " demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
Lolalala replied at 6-7-2021 01:07 PM
Pakai PPE tu ok dah. Yg beg tu harus ke bawak? Confirm bersih ke? So dia sekarang kuarantin Kelantan ...
ADVERTISEMENT