Pelakon Zara Zya meluahkan rasa kecewa apabila niat baiknya membantu golongan susah dipersoalkan segelintir individu yang mendakwa dia mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
Malah lebih teruk, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia dituduh menyalahgunakan dana yang dikumpul menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya. "Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama lagi saya dan NGO sudah jalankan aktiviti bantuan. First projek saya sediakan PPE. "Saya sedikit kesal dan kecewa apabila niat ikhlas saya untuk membantu ramai dipandang serong. "Demi Allah saya tak ambil duit tu untuk tujuan peribadi, saya masih waras dan faham halal dan haram... hanya Tuhan saja yang tahu sumbangan tu sampai atau tidak ke tangan penerima, " ujarnya kepada mStar.
|
cruz2 replied at 6-7-2021 03:05 PM
Lately ni nmpk try hard sgt zara zya marketkan diri
ADVERTISEMENT