Remaja menggigil ketakutan masuk mahkamah atas tuduhan rogol KUALA LUMPUR: Seorang remaja menggigil ketakutan semasa dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun tahun lepas. Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid, dia hanya mengangguk apabila ditanya jurubahasa mahkamah sama ada dia "okey". Dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan merogol gadis itu di rumah sewa ibunya di Putrajaya pada 12:15 tengah hari, 19 Oktober 2012. Remaja itu yang ketika kejadian berusia 17 tahun dan pelajar Tingkatan Lima, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. Dalam rayuan meringankan hukumannya, anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengetahui yang perbuatannya itu adalah satu kesalahan merogol dan memohon dihantar ke Sekolah Henry Gurney. Hakim: Kenapa kamu tidak fikir pada masa itu? Tertuduh: Sebab saya tidak tahu kes itu adalah rogol. Hakim: Mengenai kejadian rogol ini, kamu tidak menonton televisyen atau membaca akhbar? Tertuduh: Saya jarang tengok televisyen kerana saya membuat kerja sambilan di restoran selepas waktu sekolah. "Saya dah bertaubat, ini kesalahan pertama saya. Ia menjadi pengajaran kepada saya. Saya minta maaf," katanya sambil menangis. Hakim Emilia kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Dis untuk sebutan bagi mendapatkan laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Henry Tan. Tertuduh tidak diwakili peguam.
|
12
Bagus |
12
Marah |
35
Terkejut |
28
Sedih |
33
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AdsMsia posted on 21-11-2013 01:03 AM
undang2 kita dah macam tu..
budak pompuan bwh umur kalu seks je mesti kena bawah tuduhan rogol
suk ...
dahliateck posted on 21-11-2013 12:51 AM
hrp pompuan tu pun kena sama la
ni kes sesama mau ni, x adil la laki je kena
dahliateck posted on 21-11-2013 02:03 AM
yg ditikam pun sama dok buka bagi
lavacoffee posted on 21-11-2013 02:06 AM
Lu jerit merayu rayu "TIKAM LA..TIKAM LA DAKU " seribu kali pun lu x buat salah apa tau tak??
dahliateck posted on 21-11-2013 02:10 AM
tau, mmg x salah hukum dunia, hukum akhirat sok hadap la
underage kunun, ngeseks panda ...
lavacoffee posted on 21-11-2013 02:13 AM
Kalau dia taubat nasuha...lu ke yg ada power terima tak terima taubatnya??
dahliateck posted on 21-11-2013 02:15 AM
pompuan zina tobat nasuha x kena jel, kalau lelaki tu kata dia taubat nasuha rasa2 kena jel gak x
...
lavacoffee posted on 21-11-2013 02:17 AM
Jel hukum dunia...tadi lu citer pasal akhirat...
Lu p tido la...
dahliateck posted on 21-11-2013 02:21 AM
lu la pi tido, org ckp pasal hukum dunia la x adil laki tu sorang jer kena tindakan undang2, nyany ...
lavacoffee posted on 21-11-2013 02:27 AM
La..dah undang2 camtu...x puas hati kalu lu p bertekak dgn hakim la...
dahliateck posted on 21-11-2013 02:29 AM
setakat undang2 dunia,sempurna sgt ke, x boleh dicabar ke, x boleh dipersoal ke, akal ada? :sleepy ...
ADVERTISEMENT