Kenyataan Lim Kit Siang berkaitan ‘Kerajaan Allah’ merupakan sebab mengapa UMNO harus mempertahankan mandat perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam sebuah kerajaan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu merupakan satu bentuk penghinaan kepada agama Islam. “Mempermainkan kesucian nama Allah dan mengaitkannya dengan kegagalan kerajaan hari ini menguruskan Pandemik Covid-19 adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam. “Perbuatan Lim Kit Siang ini amat biadab dan kurang ajar serta mesti diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa,” kata Asyraf Wajdi. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu telah mengarahkan kepimpinan Pemuda UMNO seluruh Malaysia untuk membuat laporan polis terhadap pemimpin DAP tersebut.
Asyraf Wajdi berkata, DAP seharusnya belajar bahawa sikap chauvinistik dan rasis telah menyebabkan kerajaan PH hanya bertahan 22 bulan. “Inilah juga sebab UMNO satu-satunya parti yang tidak pernah ada pengalaman menjalinkan kerjasama politik bahkan terus mempertahankan mandat perwakilan akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO lalu tidak sesekali bersetuju untuk berpakat dengan DAP,” kata Asyraf Wajdi. Terdahulu Lim Kit Siang menulis di Facebooknya, “If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”. (Jika “Kerajaan Allah” adalah sebaik-baik kerajaan dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia adalah yang terakhir dalam indeks normal global Ekonomi ketinggalan kepada negara-negara yang tiada satu pun yang boleh mengaku sebagai “Kerajaan Allah”). Difahamkan, istilah “Kerajaan Allah” yang disebut Kit Siang itu merujuk kepada tazkirah secara maya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang jelas mengajak umat Islam agar bermuhasabah dan berikhtiar dengan akal dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT selain bersabar dalam sama membantu ‘kerajaan manusia’ yang serba kekurangan. Sumber: Suara Merdeka
|
jazaa100 replied at 6-7-2021 07:28 PM
Bkn dia ke dulu yg bila dgr azan, stop meeting jap....
Skrg dah murtad pulak.....
cucuq replied at 6-7-2021 09:06 PM
Bukan tu anak die ke sis..pnjang umo juga atuk ni..kuat lagi
bakingsoda replied at 6-7-2021 06:58 PM
bukan ke dia menganjing lobai tu acah kerajaan pilihan Allah lagi barokah padahal cara merampas ala ...
kakikuDibibirmu replied at 6-7-2021 09:09 PM
Selalunya orang jahat memang lambat mati macam atokcow ijau
cucuq replied at 6-7-2021 09:06 PM
Bukan tu anak die ke sis..pnjang umo juga atuk ni..kuat lagi
ADVERTISEMENT