CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Hari-Hari Menangis, Minta Jangan Ditidurkan“ - Lelaki Ini Insaf, Akui Derita Dijangkiti Covid-19

7-7-2021 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2929| Komen: 17

"Mati itu pasti, tapi saya perlu yakin tak boleh patah semangat di awal perjuangan. Isteri saya pesan, saya kena kuat. Kena zikir, doa dan jaga solat.”

Itulah kata-kata yang ditulis seorang pesakit Covid-19 menerusi kapsyen di akaun Instagram milikinya pada 14 Jun yang lalu iaitu hari kedua dirinya disahkan positif covid.


Foto: mStar

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohammad Ubaidullah Mohd Jaafar, 30 menceritakan pengalaman yang cukup menginsafkan itu bermula selepas dia mengalami demam dan batuk selama beberapa hari.

"Pada mulanya anak saya demam, cuma saya tak pasti dia berjangkit dari mana. Berapa hari kemudian, saya pula yang demam dan sejak tahun lepas saya disahkan ada penyakit asma kerana kerap batuk yang berpanjangan.


"Bila dah ada asma ni, memang berisiko tinggi untuk kena jangkitan Covid-19. Saya masa tu masih makan ubat di rumah macam biasa, tapi demam saya jadi makin teruk.

"Dua hari demam saya berlarutan jadi saya, isteri dan anak-anak terus buat swab test sebelum disahkan saya, isteri dan anak sulung berusia tiga tahun positif, cuma yang bongsu baru empat bulan saja yang negatif.


Foto: mStar

Disebabkan keadaan dirinya semakin teruk, Ubai mengambil keputusan untuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat sebelum dibawa terus ke wad untuk pemeriksaan lanjut.

Ubai bersama anaknya di sebuah bilik khas, sebelum mereka dipindahkan ke wad yang lain.

"Saya dimasukkan di wad tiga, mereka berikan bantuan pernafasan tapi masa tu keadaan saya tidak begitu kritikal lagi. Isteri dan anak-anak di tempatkan wad yang berbeza.

"Ada satu malam tu, saya rasa semput, mula rasa sesak nafas kemudian saya terus ditukarkan ke wad lima dimana pemantauan lebih rapi dan mereka beri saya bantuan pernafasan seratus peratus.

"Doktor dah telefon isteri saya, sebab oksigen dalam badan rendah, ikutkan doktor kata saya akan ditidurkan. Masa tu saya memang down, sebab saya tahu ada orang bila dah intubate tu kebanyakan tak ada harapan untuk hidup.


Foto: mStar

Menurut Ubai yang menjalankan perniagaan sendiri, ketika dirinya mengalami sakit teruk dia hanya mampu untuk berzikir dan berdoa agar tidak ditidurkan sepanjang berada di wad lima tersebut.

Tambahnya lagi, di wad berkenaan dia turut berhadapan dengan pesakit lain dan ada di antara mereka yang sudah pergi menghadap Ilahi.

"Saya lihat rata-rata di wad adalah golongan berumur. Ada yang ditidurkan, ada juga pesakit yang terpaksa ditebuk belakang kerana paru-paru bocor.

"Alhamdulillah selepas 21 hari di dalam wad, sekarang keadaan saya makin baik. Doktor suruh saya banyakkan rehat di rumah, senaman ringan dan tak boleh buat kerja berat.

Meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana keadaan kesihatan semakin baik, Ubai berkata berat badannya menurun sebanyak 10 kilogram kerana tidak makan selama lapan hari ketika berada di hospital.

"Dalam keadaan sekarang ini memang bahaya, sebab kadang-kadang kita tak tahu mana puncanya. Bagi saya, selagi tak kena jangkitan virus ini tentu tak akan percaya. Tambah lagi, bagi yang ada penyakit asma seperti saya lagi mudah untuk dijangkiti.


Foto: mStar

"Kalau kita sayangkan mak ayah kita, dan orang lain. Jaga dan ikutlah SOP, jangan keluar jika tiada tujuan. Walaupun kita tak kena sehingga tahap kritikal, tapi boleh sebabkan ibu bapa kita dijangkiti," katanya.

Berkongsi pengalamannya menghadapi penyakit covid menerusi video di aplikasi Tiktok, ia menjadi perhatian ramai sehingga kini meraih lebih 458 000 ribu jumlah tontonan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 7-7-2021 12:37 PM
Nak tau jgk mcm mn dia boleh kna kobid..kalau suka ziarah sana sini...no simpati
Quote noor2 7-7-2021 12:40 PM
Cepat2 la kerajaan bg semua yg nak vaksin....
Quote mejaputih 7-7-2021 12:45 PM
krustykrab replied at 7-7-2021 12:37 PM
Nak tau jgk mcm mn dia boleh kna kobid..kalau suka ziarah sana sini...no simpati

maybe sbb dia berbisness dari customer etc who knows...
Quote LadyCarefree 7-7-2021 12:46 PM
Mujurlah dah baik. Semoga xkena long covid.
Quote twins 7-7-2021 12:51 PM
krustykrab replied at 7-7-2021 12:37 PM
Nak tau jgk mcm mn dia boleh kna kobid..kalau suka ziarah sana sini...no simpati

skrg bnyk kes jangkitan sporadik...yg tak tau bila & di mana dapat.
Mgkn masa pegi kedai ke... pegi pasar ke...
Kawan sy 3 beranak kena... dapat dr pejabat...  memang nayaaaaa....
Quote rain2169 7-7-2021 12:51 PM
kan dia dah citer kat atas tu.... mulanya anak dia demam... then dia pulak demam..
nyangkit anak dia la agaknya tu....
tak pa la..... yang penting dia dah sihat... alhamdullillah.....
Quote Artemesiaa 7-7-2021 12:56 PM
Nasib semangat dia kuat untuk cepat pulih walau berjauhan dari keluarga
Quote ninjago 7-7-2021 12:59 PM
8 hari lost 10kg kat hospital.. banyak tu.

syukurlah dah sembuh.

moga kita and keluarga semua dilindungi dari kena covid nie, setidaknya takde la sampai condition yg teruk. amiinn
Quote glump 7-7-2021 01:39 PM
Kat kg sebelah nie,mak cik nie kata dia mungkin dapat jangkitan ketika di hospital.. entahlah. Sebb dia dah 78 dok rumah or ke sepital. Anak perempuan gilir2 4 org jaga..sekarang 1 anak dia Kat ICU,dia koma Dan 16 orang lagi positif.masa dia sakit tu ada sedara yg dok dekat2 datang melawat..yang tu tengah tunggu swab result.
Quote tipahketipung 7-7-2021 01:40 PM
Edited by tipahketipung at 7-7-2021 05:48 AM

Gang anti vaksin tak kesian ke?
Pergi lepak2 dekat ICU sehari kot2 nak merasa. Jangan lupa selpie sama Zentel.
Quote Decaffeinated 7-7-2021 01:45 PM
Positive side effect

Bambam berjaya dikurangkan
Quote hatikudus 7-7-2021 02:27 PM
Decaffeinated replied at 7-7-2021 01:45 PM
Positive side effect

Bambam berjaya dikurangkan

My officemate sembuh dr covid & baru start keje semula....mmg kurus kering, now dia cakap badan susah nak naik blk walau cuba mkn lebih
Quote monreyes 7-7-2021 02:33 PM
PKP ni yg banyak masa kat umah tu bawak2 lah bersenam dan kontrol makan....
aritu jumpa 2 org staf yg dah lama x masuk opis...
mak aih kembangnya....
sape2 obese ni normally semput sikit..naya je kena covid...
Quote tipahketipung 7-7-2021 02:36 PM
hatikudus replied at 7-7-2021 06:27 AM
My officemate sembuh dr covid & baru start keje semula....mmg kurus kering, now dia cakap badan su ...

@Blastoff
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 02:51 PM
Takpelah dah sihat
Quote DatinOneEmdibee 12-7-2021 01:54 PM
Amin....kerajaan x gagal.
Quote cicicumel 12-7-2021 02:04 PM
serik aku tgk org kena intubate.. 2 org rapat dengan aku, lepas intubate mmg 50-50 lah bersedia utk mati...huhu...x smpai sehari pon, meninggal.sedih sungguh.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034622 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top