Pasti ada di antara anda pernah dibelanja seseorang tidak dikenali secara tiba-tiba, bukan? Tak kisahlah di kedai makan, di laluan tol atau di mana saja. Tentu anda pernah menghadapi situasi ini.
Namun, lain pula dengan video tular di TikTok ini apabila niat seorang pemuda mahu membayarkan makanan untuk kereta belakangnya mencuri tumpuan ramai. Menerusi video itu, kelihatan pemuda berkenaan berada di sebuah restoran makanan segera popular sambil membeli makanan secara pandu lalu. Semasa di kaunter pembayaran, dia meminta juruwang mengira sekali jumlah makanannya bersama kereta di belakangnya dengan niat mahu belanja. "Okey boleh, total semua sekali RM257.90," kata juruwang itu membuatkan pemuda berkenaan terkejut mendengarnya. Dia mula merenung dan memikirkan jumlah harga yang perlu dibayar kerana wangnya mungkin cukup-cukup untuk membuat pembayaran itu.
Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk terus membayarnya kerana sudah berniat mahu belanja. Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan pemuda tersebut. Malah, ada juga yang tidak tahu sama ada mahu gelak atau berasa kasihan dengannya selepas mendengar harga itu. Sumber: SAYS
|
nakkomenjugak replied at 7-7-2021 02:46 PM
tak payah nak buat baik dek nonnnnnn. kalau orang tu gi mekdi, dia ada duit la tuuu. ko beli untuk k ...
grosouraus replied at 7-7-2021 08:17 PM
Menipu je ni...kawan dia je berlakon jadi cashier..first McD mana yg dpt makanan dulu baru byr...se ...
ADVERTISEMENT