CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Ke Mana Usung Tilam Tu?

7-7-2021 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3224| Komen: 12

Aksi seorang lelaki dipercayai warga asing ‘mengusung’ tilam di dalam wad sebuah hospital kerajaan mendapat perhatian orang ramai apabila klip video itu tular di laman sosial sejak kelmarin.

Klip video berdurasi 17 saat dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Edda Anissa memaparkan lelaki tersebut lengkap berpakaian hospital sedang mengusung sebuah tilam keluar dari sebuah wad.



Difahamkan, dia diarahkan berpindah ke wad lain, namun akibat masalah komunikasi, dia mengusung sekali tilam yang digunakan semasa proses berpindah.

Bagaimanapun, hasrat pesakit itu untuk membawa tilam tersebut ‘gagal’ apabila diarahkan berpatah balik ke wad asalnya untuk meletakkan semula tilam itu di katil.

Aksi lelaki itu turut disusuli dengan gelak tawa petugas hospital yang kebetulan berada di kawasan ‘kejadian’.

Susulan itu, orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut juga ‘terhibur’ dengan aksi lelaki terbabit dan rata-rata mereka mendakwa terdapat masalah komunikasi antara petugas hospital dengan pesakit berkenaan.


Namun, mereka menyifatkan ‘insiden’ itu sebagai satu hiburan kepada petugas kesihatan bagi menghilangkan sedikit tekanan ketika sibuk melawan pandemik Covid-19.

“Ini mungkin masalah komunikasi dan salah faham, tetapi sekurang-kurangnya ada ‘hiburan’ kepada petugas hospital.

“Hilang sedikit tekanan ‘frontliner’ kita melawan Covid-19,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Aryan Hasif.


Loading FB Post...

Turut meninggalkan komen pada klip video berkenaan adalah seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cikgu Rem.

“Dah nurse kata pindah katil, nasib baik katil dia tak angkut sekali,” katanya.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CatMiow 7-7-2021 02:31 PM
Dengar nurse gelak kuat.
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 02:42 PM
Haiii bhaiii. mentang free hahahah
Quote MissyMolly 7-7-2021 03:22 PM
Selamber ngusung kohkoh.. bhai itu tilam berat la bhai{:dot
Quote pearl.silver 7-7-2021 03:44 PM
Tak berat ke tilam tu.

Klu dia angkut katil xpa. Sbb katil ada roda bradaaaah
Tolak je
Quote cassriena 7-7-2021 03:59 PM
kesian juga bila tgk. selipar pun x pakai
Quote DayangKirana 7-7-2021 05:34 PM
alahai...kesian plak tengok nye.. but, kuat jugak kedrat nye..
selamba je angkat tilam tuh.
berat tuh..
Quote Artemesiaa 7-7-2021 05:41 PM
Macam orang asing je sebab tak faham arahan.  Lagi pun mesti dah biasa kerja buruh apalah sangat kalau sekadar angkat tilam macam tu
Quote gideoncross 8-7-2021 02:20 AM
Artemesiaa replied at 7-7-2021 05:41 PM
Macam orang asing je sebab tak faham arahan.  Lagi pun mesti dah biasa kerja buruh apalah sangat kal ...

Iol pun respect bab dia dpt angkat tilam tu sng2, berat tu.
Quote anony-mous 8-7-2021 03:44 PM
I wonder kalau covid dah habis, nurse2 n certain doc akn mulut puaka lg ke x
Quote supernaturalee 9-7-2021 10:42 PM
Lagu background tu awat comey sgt

Du di dam
Quote heythere123 31-7-2021 07:45 PM
aduhai, macam2 ye
Quote heythere123 31-7-2021 07:46 PM
agaknya first time masuk hospital la kot kan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.041539 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top