TOKYO – Monarki Britain, Putera Harry mendapat pekerjaan baharu sebagai Ketua Pegawai Impak di sebuah syarikat motivasi kesihatan mental di California, manakala jawatan itu dikenali sebagai Chimpo dalam kalangan komuniti perniagaan, lapor akhbar Metro.co hari ini.
Bagaimanapun, jawatan itu mendapat perhatian atas sebab yang salah di Jepun. Ini adalah kerana perkataan chimpo adalah slanga untuk zakar dalam bahasa Jepun. Laman berita Jepun, SoraNews24 melaporkan orang ramai ketawa apabila mengetahui nama gelaran untuk jawatan tersebut. “Bayangkan sekiranya beliau datang ke Jepun dan memperkenalkan diri sebagai seorang chimpo kepada pegawai-pegawai? Saya mahu melihat wajah mereka!,” kata seorang pengguna media sosial negara itu.
Gelaran tersebut digunakan oleh banyak syarikat lain yang berkecimpung dalam bidang tersebut. Putera Harry bekerja sebagai chimpo untuk syarikat BettetUp Inc dan mengumumkan langkah tersebut pada Mac lalu. Putera itu memberitahu akhbar Wall Street Journal bahawa beliau mahu menggunakan peranannya untuk mencetuskan impak dalam kehidupan orang lain. ” Latihan proaktif menyediakan peluang tidak terbatas untuk kemajuan kendiri, meningkatkan kesedaran dan membawa kepada kehidupan lebih baik,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT