CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Indonesia 'Bodoh' Bela Suspek Bunuh Kerana Kacak

7-7-2021 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6251| Komen: 41

Pengguna media sosial atau netizen Indonesia digelar bodoh apabila memuat naik komen membela suspek kes pembunuhan gara-gara wajahnya yang tampan, lapor Suara.com, hari ini.

Wajah suspek bernama Cameron Herrin dari Florida, Amerika Syarikat menjadi tular di laman TikTok apabila sesi perbicaraan berkenaan kes kemalangan jalan raya pada 2018 itu dimuat naik semula.



Kredit foto: WFTS

Ketampanan wajah Herrin dan kecantikan warna mata kelabu milik lelaki itu menjadi perbualan netizen Indonesia yang meninggalkan komen tidak rela dia dihukum bunuh.

“Saya rela menemani dia di penjara.Nasib baik Herrin tidak dijatuhkan hukuman gantung, sayang kalau wajah setampan ini mati,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Sudah cukup berat hukuman penjara 24 tahun, terlalu tampan untuk ke tali gantung,” komen seorang lagi.


Kredit foto: abcactionnews.com


Komen-komen tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia dan menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

“Apa mahu jadi netizen Indonesia ini? Kalau muka tampan, makanya perangai seperti syaitan juga perlu diselamatkan?” tulis warganet berkenaan komen pembelaan tersebut.

“Nyawa mangsa yang maut tidak boleh diganti dengan ketampanan si pelaku, ingat ya para netizen semua,” ujar seorang lagi. 


Kredit foto: Yahoo News

Pada Mei 2018, Herrin disabit kesalahan atas kematian Jessica Reisinger-Raubenolt dan anak perempuannya, Lillia yang berusia satu tahun ketika memandu kereta dengan kelajuan 100 kilometer sejam. 


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 7-7-2021 03:28 PM
biasa aje dek.. takde la tampan mana pun.. dah la kalau beliau salah harusla terima hukuman .. perlu ke nak merembes tak tentu pasal dek?
Quote sarah82 7-7-2021 03:36 PM
Oh yang ni.. Tadi dok nampak kat ig.. Ingatkan pasal apa.
Quote nazzse 7-7-2021 03:36 PM
Dah mcm rupa arab paki.. Bukan taste iols
So to hell u go pembunuh
Quote nazzse 7-7-2021 03:39 PM
sarah82 replied at 7-7-2021 07:36 AM
Oh yang ni.. Tadi dok nampak kat ig.. Ingatkan pasal apa.

Tengah racing, langgar mak dgn baby.
Patut kena bunuh je
Quote sarah82 7-7-2021 03:41 PM
nazzse replied at 7-7-2021 03:39 PM
Tengah racing, langgar mak dgn baby.
Patut kena bunuh je

Tu la.. Kat sana semua marah dgn budak ni..
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 03:46 PM
Back to the hell you go, back to the hell you go.

Yelaaa bak kata acik M, kena bodo2 untuk dapatkan jodoh. Berjodohan laa kauuu dengan pembunuh.
Quote edayildiz 7-7-2021 03:48 PM
biasa jer kat mata i
sbb mcm more to pakis jer muka dia
Quote harkktuih 7-7-2021 04:15 PM
alah bukan nets yindon jah kesian ngan mamat neh..ummah malaya pun ada jua kesian kat mamat ni sbb rupa heols..
Quote dua_chzy 7-7-2021 04:20 PM
Ted Bundy pun ramai tino tergila2 dek. Betul2 psiko la betina2 begini. Apa la malang kau punya childhood sampai membesar dengan otak berempati pada pembunuh.
Quote SecretLuv 7-7-2021 04:24 PM
Laki ni ada acc tiktok.  Dalamnya satu video pun tak ada,  tapi followers ramai gila.
Quote lattehazelnut 7-7-2021 04:29 PM
[youtube]eisZ-XL_VIE[/youtube]
Minit 0:51
I rasa mula ala timothee chalamet
Tp perangai langit dgn bumi la
Quote husie91 7-7-2021 04:39 PM
Boleh la ada rupa compare to rakyat meleis ni tapi salah tetap salah.. cuba byg if family kita yg jadi mamgsa tu {:childlike
Quote husie91 7-7-2021 04:39 PM
Boleh la ada rupa compare to rakyat meleis ni tapi salah tetap salah.. cuba byg if family kita yg jadi mamgsa tu {:childlike
Quote azimodin 7-7-2021 04:59 PM
dua_chzy: Ted Bundy pun ramai tino tergila2 dek. Betul2 psiko la betina2 begini. Apa la malang kau punya childhood sampai membesar dengan otak berempati pada pe ...

Charles manson yg muka pecah kaca pecah gelas pon ada jugak gadis2 mengidolakan dia. Pelik2 taste manusia
Quote bakingsoda 7-7-2021 05:05 PM
aku ingat pembunuh saiko yg sengaja cari mangsa dan bunuh dgn cara paling sadis. dia rupanya duk berlumba ngan kawan menuju ke satu tempat,  dah bawak cam pelesit tak sempat elak ibu + baby tgh melintas. kalau kat malaysia lagi dahsyat tiada rupa pon boleh senyap camtu je kes langgar orang sampai mati
Quote Kurex 7-7-2021 05:15 PM
Masih ada ruang kemaafan utk mu cameron di sisi kurex...
Dd9iU5bVQAAJcs6.jpg
Quote lavendernovella 7-7-2021 05:17 PM
Belum keluar dajal lagi nih. Baru berperangai dajal oun dah ramai penyokong {:stress
Quote Kurex 7-7-2021 05:19 PM
lattehazelnut replied at 7-7-2021 04:29 PM
Minit 0:51
I rasa mula ala timothee chalamet
Tp perangai langit dgn bumi la

Timothee Chalamet ni lebih helok & penuh persona. Humble, berlakon pun pandai. Tinggi pulak tu...
Quote bloodyamuk 7-7-2021 05:41 PM
macam tu pun hencem?

aneh2 sekali

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.091216 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top