CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Saya Tolong Satu Malaysia Ke?" - DSV

8-7-2021 08:16 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8243| Komen: 51|Original author: Oleh: LilRose

Datuk Seri Vida kecewa apabila kenyataannya berhubung kempen bendera putih diputar belit segelintir pihak.

Berkata Utusan Malaysia, usahawan kosmetik sensasi itu terkilan apabila dikecam seolah-olah dia tidak mahu membantu masyarakat terjejas pandemik Covid-19.



Kredit foto: IG DSV

Tegasnya, dia tidak menentang kempen itu, malah turut turun padang membantu mereka yang memerlukan tidak mengira sama ada bendera putih dikibarkan atau tidak.

"Kalau saya tak bersuara macam ini, siapa lagi? Asyik nak salahkan kerajaan sahaja. Asyik nak jadi mak cik dan pak cik bawang. Kalau saya mengata semua orang, tidaklah saya turun padang beri bantuan.

"Mereka yang duduk mengata saya pandai cakap tetapi membantu tidak, habis itu nak saya tolong satu Malaysia ke? Beratus juta pun tak cukup. Bersihkan hati sedikit. Saya tak kata jangan angkat bendera putih.


"Kalau perlu, buatlah. Akan ada bantuan cepat atau lambat. Tetapi yang mana mampu, jangan pupuk bangsa pemalas dan mudah menyerah," katanya kepada Utusan menerusi perbualan WhatsApp.



Vida juga tidak mengendahkan apabila ramai pihak berpengaruh membidas kenyataannya kerana baginya, mereka hanya mahu menumpang popularitinya.

Dalam hantaran terbarunya di Instagram, DSV sekali lagi memberi penjelasan pada kenyataannya sebelum itu.

"Saya kecewa sebab ramai asrik meminta. Bukan tak boleh bagi. Kudrat ada tapi tak nak usaha," katanya.



Bak kata DSV, hidup tak akan berubah kalau bukan kita sendiri mengubahnya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 8-7-2021 08:22 AM
Takde la suruh tolong satu negara pun dah pitih dia pun bukannya banyak pun sampai hadiah barang kemas pun perlu tipu lepastu sedih sebab aishah buat tuntutan.

Walaupun iols faham dia cuba nak bagi tahu supaya yang terjejas tu berusaha untuk cari cara nak dapatkan pendapatan. Tapi ni PKP makcik scammer oooi. Berusaha macam mana pun kalau dah di suruh berkurung dalam rumah, duit nak terjun dari bumbung ke atau keluar ikut lubang jamban? Siap perlekeh angkat bendera putih

Sila fikir balik statement anda sebelum ni. Seronok la tu dapat viral setelah sekian lama sendu. Sekarang jual emas je lah gamaknya
Quote rain2169 8-7-2021 08:26 AM
kalau boleh kannnn...
kalau boleh.......
just don't talk so much.....
tolong je orang setakat yang awak mampu.....
tolong dengan ikhlas kerana Allah....
Quote fadz84 8-7-2021 08:28 AM
Elok diam jela makcik klu nak tolong pun byk bunyi…
Quote rosannazmia 8-7-2021 08:28 AM
Maleh tgk video dia yg hok ni.. Aku sensitip bab ni sbb nya bendera putih dari rakyat kepada rakyat.. Hok kaya2 ni puhlease lah senyap je blh.. Nak bantu bantu lah xnak sudah.. Bende sensitif gini demo nok sibuk komen.. Boleh blah!
Quote ajinomotonosuga 8-7-2021 08:42 AM
Sudah la gemok...anak beruang ko pun tak tertolong nk berlagak semesia

Eloo gemok..mukeeee.klo.hodoh bleh cantik kan dgn perangai tau..esp molot tuu ok

Tp klo dah gemokkkkk hodoh molot puaka ko salut emas satu badan pun KUCING KURAP tak pandang k..bodoh nya gemok

Tolong RED WARRIOR pun kantoi..LHDN kantoikan 4 juta rm lari tax..adaaaa ati nk tiru ostad ebit...eeeeee jalang suwei nya janda gemok! Ptuihhhhh
Quote mamajawie 8-7-2021 09:25 AM
dudaberhias replied at 8-7-2021 08:22 AM
Takde la suruh tolong satu negara pun dah pitih dia pun bukannya banyak pun sampai hadiah barang kem ...

skang iolllss prasan sume tokey2 produk timbang kati jual emas dah kurang pomot brg2 timbang kati deyollss sbab msing2 baru dpat wahyu yg produk dorang tu sebenarnya TOKSIK (takut kena saman lettew) plus wanita2 luar sana walaupun darurat skalipun dok la pulun beratur nak beli emas ni termasukla aku..hehe

tapi la kalu ikutkn pngalaman aku 1 fmily ni ktorang memang ANTI SELLER SSKJP sbab deyollss kaki scammer..termasuklah sekor forumer si penjual emas trusted KEKDAHNYA si ciritbawal tu sampai ke sudah la duit SIL iollss rm558 je pun tak bayar2 sejak awal tahun ri tu..ingatkan SIL iollss sorang je tokono rupanya ada gak forumer lain tokono game ngan si bodoh nak mampos ni..pehtu kat soc med pulun jual ayat2 islamik la kata2 hadis la which is for me SOOOOOO PATHETIC terdesak nak coverline scammer curi duit org ni!!hurrghhhh


Quote nakkomenjugak 8-7-2021 09:54 AM
heheheeheh persetankan sajorkkkk si miskin hina unta pun tak pemalas cam deme yeee tok vda?
Hamboiiiiiiiii dek kalau tak belian dari B40 M40 untuk secebis pamoga sampah keparat kau tu, kau pun takkan merasa emas di badan, aku rasa in alternate universe kau pun dok kebar bendera, cik b pun kuruih kering, takde i wantwantwant chuu muwah3 tu tauuu
Quote annadonna 8-7-2021 09:58 AM
Jangan sebab anak beranak ko mampu makan sampai gemuk maka ko rasa benda ni remeh. Tunggu Allah uji.
Quote royaldanish 8-7-2021 10:02 AM
dudaberhias replied at 8-7-2021 12:22 AM
Takde la suruh tolong satu negara pun dah pitih dia pun bukannya banyak pun sampai hadiah barang kem ...

klonggg klongggg klongggg serupa tin kosong je mak cik pokok christmas ni
dari emak turun ke anak2 mcm pokok christmas


Quote salmon-suki 8-7-2021 10:05 AM
""Kalau perlu, buatlah. Akan ada bantuan cepat atau lambat. Tetapi yang mana mampu, jangan pupuk bangsa pemalas dan mudah menyerah""

Kdg2 pemilihan kata dan ayat pun penting jgk bila berbicara supaya org tak salah faham..ptt awal2 disclaimer ckp segelintir,bukan tuju kt semua y angkt bendera putih..tuju kt org y mampu tp malas pastu entitled plak mcm makcik anak umur 5thn y mtk mamypoko dgn makcik y mtk daging 3kg,ngn udang n sotong besar,dgn set2 pencuri kt foodbank tuh..tu wajar dikecam lah..

Taw kan skrg marhaen tgh sensitif,nak2 ramai terjejas n buntu nk bt mcm mana.. nasihat pn xde guna haa kalau semua dah xleh nak fikir mcm mana..nak keje xleh,nk bisnes xde modal,xpun xtaw nak niaga apa etc...lain org lain cabarannya...y byk duit xhabis mkn 7keturunan boleh laa nak ckp mcm2..
Quote akuMNdia 8-7-2021 10:09 AM
aku pun nak mintak tolong kat makcik ni laa..
nak mintak dia tolong diam.
Quote julia5094 8-7-2021 10:31 AM
Masalahnya nak start meniaga puun nak kena ada modal..dah kalau mkn pun tak cukup duit mcmana..??
Quote ninjago 8-7-2021 10:33 AM
rosannazmia replied at 8-7-2021 07:28 AM
Maleh tgk video dia yg hok ni.. Aku sensitip bab ni sbb nya bendera putih dari rakyat kepada rakyat. ...

exactly. yg start bendera putih tu dari rakyat sendiri tuk rakyat. org2 kaya & menteri2 tak berhak nak cakap apa lagi2 klu tak nak membantu tu elok diam je la. jgn komen pape psl tu.


Quote slyfynx 8-7-2021 10:49 AM
If u don't want to help, just STFU
Quote arffa 8-7-2021 10:57 AM
Bodo nya makcik ni, faham tak yang terjejas tu mereka yang makan gaji tak boleh jeluar bekerja dan ada majikan yang berhentikan pekerja. kat video tu abang yang meniaga tu dah setahun meniaga, ni orang yang terjejas sumber pendapatan sejak pkp 3 dilaksanakan. Nak suruh meniaga pun modal juga kalau dah sekupang haram takde nak niaga celah mana.  kalau rasa tak nak membantu diam je lah, jangan tambah garam ke luka rakyat malaysia ni.  Aku memang nak tengok je dia ni tersungkur bukan aku busuk hati tapi meluat dengan peel orang kaya tak tahu bersyukur ni.
Quote arffa 8-7-2021 11:00 AM
ninjago replied at 8-7-2021 10:33 AM
exactly. yg start bendera putih tu dari rakyat sendiri tuk rakyat. org2 kaya & menteri2 tak berhak ...

betul kalau rasa tak nak bantu diam. gaya dia cakap macam lah orang hadap duit dia. sepatutnya dia malu tau sebab rakyat malaysia ni yang beli product dia masa ni la dia nak bantu pula pada mereka yg memerlukan

Quote Afie13 8-7-2021 11:04 AM
Kawan i yg kerja estet cerita start pandemik tahun lepas dah ramai warga asing yg balik negara asal jadi estet mmg banyak kerja kosong. Sapa yg pernah masuk estet atau kerja bhagian estet tahu lah yg kerja estet ni berat tapi banyak kelebihan siap disediakan rumah free n perubahan ditanggung

Org melayu masuk kerja sehari dua terus xnak kerja diaorg ckp x larat kerja berat padahal rumah dah free x payah fikir nk bayar sewa. Skrg kalau duduk kat luar kerja pun xde rumah nak kena sewa. Org kita x suka kerja berat2 nak kerja yg senang n x penat. Zmn pandemik mcm ni apa2 kerja yg dpt bersyukur la
Quote azie5zoe 8-7-2021 11:07 AM
Taknak bantu tu udah. Duduk dediam jadi pokok krimas.
Quote nicolebaby 8-7-2021 11:21 AM
Intention bagus...but the delivery not so much and not applicable to all circumstances.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.153721 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top