CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

FFM31 Tak Wajar Diteruskan, Umie Aida, Aaron Aziz Bantah!

8-7-2021 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2876| Komen: 6

Pelakon popular Datin Seri Umie Aida berpendapat Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang dirancang pada Oktober depan tidak wajar diteruskan.

Umie yang juga pemenang dua kali kategori Pelakon Wanita Terbaik di FFM berkata, dana yang diperuntukkan untuk penganjuran FFM31 sebaiknya disalurkan kepada anak seni dan kru yang memerlukan.

"Tak wajar dan tidak masuk akal FFM31 dibuat ketika pandemik Covid-19 ini. Ini kerana ramai penggiat industri filem dalam kalangan pelakon, kru atau siapa saja yang susah.

"Jadi, apabila tiba-tiba nak buat FFM rasanya wajar kos yang ada itu diagihkan kepada golongan belakang tabir atau pelakon yang perlukan bantuan. Wang yang ada itu kalau diagihkan berapa banyak yang boleh dibantu dan mendapat manfaat daripadanya.

"Kalau nak buat juga, bagi saya ia tetap tak wajar. Sepatutnya tengok dulu orang sekeliling kita dan dalam konteks industri ini adalah anak seni," katanya kepada Harian Metro.

Foto: Harian Metro


Sementara itu, pelakon Datuk Aaron Aziz senada dengan Umie yang mana FFM31 tidak sesuai dijalankan dalam situasi sekarang.

"Ramai yang berada dalam tekanan ketika ini. Tidak elok dan tidak wajar untuk buat sebarang acara meriah untuk meraikan kerjaya karya seni atau apa-apa bidang. Selagi ada kematian, kemurungan, kebuluran, kesakitan, kehilangan dan kerinduan yang sedang berlaku dan berpusing dalam kalangan semua rakyat di seluruh negara, sebaiknya difikirkan perkara yang lebih bermanfaat.

"Malah, lebih baik FFM menggunakan dana itu untuk salurkan bantuan kewangan kepada anak-anak seni depan dan belakang tabir," katanya.

Berbeza dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz yang menyokong jika FFM31 dianjurkan secara maya sekali gus masih mengiktiraf anak seni.

"Bagi saya apabila Finas nak buat FFM31, ia ada baik dan buruk. Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) kena ambil perkara ini secara terbuka dan berpandangan luas. Namun, jika FFM31 dibuat secara maya dengan kos rendah dan masih ada pengiktirafan, nampak juga acara ini berjalan walaupun tidak besar seperti dulu.

"Pada awalnya saya tidak menyokong jika FFM ini dibuat secara besar-besaran. Tapi apabila perancangannya ingin dibuat secara maya, bagi saya okay. Sekurang-kurangnya memperlihatkan yang kita masih mampu dan megah dengan cara ada penganjuran acara," katanya.

Fizz berkata, walaupun diadakan secara maya, ia tetap memberi pengiktirafan dan ia patut diberikan kepada anak seni.

"Walaupun dalam situasi sekarang, kita perlu berganding bahu. Jangan tunjukkan kita terlalu lemah dan susah. Kita sebenarnya masih mampu jalankan program walaupun secara kecil-kecilan. Jangan tidak ada langsung acara pengiktirafan untuk anak seni," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Finas tetap akan meneruskan penganjuran FFM31 biarpun wujud kempen boikot acara yang digerakkan individu tertentu sejak minggu lalu.

Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, FFM31 akan dibuat secara hibrid atau virtual sepenuhnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lovelytouch 8-7-2021 11:13 AM
Boleh buat tp sederhana2 sudah cik jah oii x payah over makan juta2. Buat simple jah kat rtm ke hotel ka support biz tempatan. Dunia seni yg sendu ni pun boleh dimeriahkan.  Gittcheww akaq memberi pendapat.
Quote salmon-suki 8-7-2021 11:20 AM
Halaaa halaaaa halaaaaa...skrg baru nak fikir psl org belakang tabir ke?kalau dulu mana laa ada retis nak fikir psl belakang tabir ni haa..dan2 plak nk mtk bantuan,guna kad krew blakang tabir..tp pd masa sama mtk bantuan utk retis y nan hado..time duit byk,flex kete,rumah berjuta2..dah jd mcm ni,pakat merungut xde duit nak sustain..stupid!
Quote tipahketipung 8-7-2021 11:20 AM
Tak penting pon.
Kedai2 yg tak berisiko kasi buka dulu la.
Korang tahu nak show off ajo.
Tak jana faedah utk rakyat pon award korang syok sendiri!
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 11:26 AM
hehehhee aikkk baru sekarang pikir krew ke?
Quote akuHavocczz 8-7-2021 12:47 PM
Buat je lah online. Yang tak sokong ni mesti sebab nama takde pencalonan atau takde harapan menang.
Quote sleepandream 8-7-2021 07:55 PM
so pilem2 yg bertanding semua pilem2 yg masuk astro first jah?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.048747 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top