CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukar 12 Menteri Kabinet Dirombak

8-7-2021 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1915| Komen: 7

12 menteri India mengundurkan diri semalam termasuk menteri kesihatan, alam sekitar dan pendidikan, kata pejabat presiden.

Peletakan jawatan beramai-ramai  tersebut merupakan sebahagian daripada  rombakan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi berikutan lonjakan kes Covid-19 dan dilakukan menjelang berlangsungnya pilihan raya negeri di India.


Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan, dikritik hebat susulan peningkatan kes koronavirus pada April dan Mei lepas, lapor AFP.


AKTIVIS parti pembangkang melaungkan slogan anti kerajaan dalam satu bantahan di Kolkata kelmarin. - AFP

Perkhidmatan kesihatan tertekan dalam banyak aspek dengan hospital mengalami kekurangan katil,  oksigen perubatan dan ubat.

Menteri Undang-Undang dan Teknologi Maklumat, Ravi Shankar Prasad pula terjebak dalam perbalahan dengan syarikat media sosial asing sejak beberapa bulan lalu.


Kementeriannya membuat peraturan yang mewajibkan firma tersebut untuk memadamkan dan mengenal pasti ‘sumber asal’ muat naik yang dianggap merosakkan kedaulatan India, keamanan negara atau ketenteraman awam.

Ravi bagaimanapun dijangka akan diberikan  peranan  penting dalam parti  pemerintah, Parti Bharatiya Janata menjelang pilihan raya negeri, demikian menurut laporan akhbar.

Menteri lain yang mengundurkan diri termasuk Menteri Alam Sekitar, Perhutanan dan Perubahan Iklim, Prakash Javadekar.

Ramesh Pokhriyal Nishank yang merupakan  Menteri Pendidikan turut meletak jawatan, demikian menurut kenyataan akhbar  pejabat Presiden.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 8-7-2021 11:31 AM
Malaya bila lagi? Tapi bila pikir balik, sorang pun tagunaaa *larikkkkkk*
Quote Mulotkoyak 8-7-2021 01:18 PM
Bile la nk moden bab umdi di malaysia ni. Kite kan ke arah digital. Please la guna cmtu. Ape guna number ic..ko ley-in ko lapor kawasan ko undi based on address stated. Kalo ko gi undi ade number ko bole hint merah. Gitchuuuu.. So menteri hilang satu lerusi.
Quote Babai 8-7-2021 01:20 PM
@CARI-MAL Kau jangan la ambik kesempatan buat tajuk clickbait macam ni. Mentang2 la sekarang politik malaysia tengah bergolak. Taruk la kategori luar negara.
Quote tipahketipung 8-7-2021 01:21 PM
Ceh ingatkan Putrajaya!
Quote Artemesiaa 8-7-2021 01:54 PM
Baguslah letak jawatan jika ada isu tak perlu panjangkan cerita
Quote kakikuDibibirmu 8-7-2021 03:49 PM
Perdana Menteri India pun tercirit agaknya
Quote chandrahusin 8-7-2021 03:54 PM
sementara itu di tanah air...
sedehhh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.125251 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top