CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tengah PKP Ni Pun Awak Still Buat Effort," – Uqasha Senrose Terharu kamal adli bagi kek

9-7-2021 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3613| Komen: 11

Pelakon Kamal Adli mengirimkan sebiji kek buat tunang tersayang, aktres Uqasha Senrose yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 baru-baru ini.

Berkongsi video kek comel yang diterima, Uqasha turut menzahirkan rasa terharu atas kiriman si dia yang tersayang.


Foto: IG

“Alhamdulilah thank you so much to my sweet fiance for this beautiful cake @kamaladli. Sayang sgt sgt nk makan sbb cantik sgt even tgh pkp ni pun awak still buat effort hantar cake order cake thank you,” tulisnya sebagai kapsyen pada hantaran di Instagram.

Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas doa serta ucapan yang diberikan peminat terhadapnya.

“And ofcuz thank you untk semua wish2 ada yg qasha tk sempat baca lg sbb tak berapa nk sihat. Alhamdulilah rasa disayangi sgt. Im already 29 still young n healthy, alhamdulilah #blessed,” tulisnya lagi.



Meninjau ke ruangan komen, para peminat sekali lagi memberikan dedikasi selamat hari jadi dan tak kurang yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan ini.

Malah Kamal juga dilihat turut meninggalkan reaksinya iaitu;

“You cik bubu, deserve more and better than this. Apakan daya, much love,” respon Kamal sambil disusuli emoji berbentuk hati.




Terdahulu, jalinan cinta mereka berdua difahamkan mulai berputik selepas digandingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019, namun tiada sebarang pengesahan dibuat pasangan itu.

Kemudiannya, mereka sekali lagi berpasangan menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa pada Oktober, tahun lalu.


Pengarah, Michael Ang ‘pecahkan rahsia’ dalam media sosial memberitahu bahawa Kamal dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan ketika penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa.

Menguatkan spekulasi percintaan apabila Kamal akhirnya melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Mereka selamat melangsungkan pertunangan pada awal April lalu dan majlis merisik dijalankan serentak secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 9-7-2021 11:53 AM
xde sapa nk komen ke twitty bird ngan mamat busyuk nih???

hepi besday lah qasya. untung qasya.. baik kemaldeli
sekian
Quote LadyCarefree 9-7-2021 12:58 PM
Orang yg best birthday ever dgn gf/bf ni xpernah ke rasa celebration best mak bapak/family buat
Quote AshkieLa 9-7-2021 01:06 PM
LadyCarefree replied at 9-7-2021 12:58 PM
Orang yg best birthday ever dgn gf/bf ni xpernah ke rasa celebration best mak bapak/family buat

kan...pernah terfikir benda sama...
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 01:15 PM
wow megahnya kekkk
Quote Beribear 9-7-2021 01:44 PM
Ramai org dekat rumah dia time bday dia tu
Quote ninjago 9-7-2021 02:25 PM
Beribear replied at 9-7-2021 12:44 PM
Ramai org dekat rumah dia time bday dia tu

hahaa sape la yg tengah menceceh2 belakang tu.
Quote rayna_raynes 9-7-2021 02:35 PM
LadyCarefree replied at 9-7-2021 12:58 PM
Orang yg best birthday ever dgn gf/bf ni xpernah ke rasa celebration best mak bapak/family buat

Aku dulu2 tak pernah family buat birthday celebration sbb bukan org senang. Kek pun xpernah dpt.
Dh kerja baru ada bf/kwn2 buat celebration bagai
So yeah mmg best birthday ever aku dgn org lain bukan dgn family sendiri
Quote LadyCarefree 9-7-2021 02:46 PM
rayna_raynes replied at 9-7-2021 01:35 PM
Aku dulu2 tak pernah family buat birthday celebration sbb bukan org senang. Kek pun xpernah dpt.
...

Wow. Sorry to hear that. Maybe I am lucky. Dari kecil mak mesti buatkan kek dan masak special on my birthday. To me personally, no party or anyone buat apa can be more meaningful than that. Masa dok oversea, bf ang kengkawan buat grand but still dengan mak abah and adik the best ever celebration.
Quote evlinne 9-7-2021 03:01 PM
rayna_raynes replied at 9-7-2021 02:35 PM
Aku dulu2 tak pernah family buat birthday celebration sbb bukan org senang. Kek pun xpernah dpt.
...

Tapi still sayang family tu kan?
Quote LadyCarefree 9-7-2021 03:28 PM
AshkieLa replied at 9-7-2021 12:06 PM
kan...pernah terfikir benda sama...

Bukan mengutuk tp iols curious. Plus kalau parents baca, rasa macam awkward je.
Quote Kakopi 11-7-2021 02:38 PM
Edited by Kakopi at 11-7-2021 02:40 PM

semoga berbahagiaaaaa

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.166346 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top