Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha hadir dengan satu ciapan berbaur kriptik yang mendapat sambutan dari segi respons dalam kalangan netizen yang sekarang kian dihimpit masalah Covid-19.
Menerusi ciapan yang dimuat naiknya dalam Twitter, Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin seperti faham dengan situasi yang sedang dihadapi lebih 32 juta rakyat Malaysia. “Sebenarnya tak okey tapi kena okey juga tapi macam serius, tak okey doh sebenarnya. Begitulah,” ciapnya ringkas dalam Twitter. Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter kemudian membalas ciapan berkenaan: “Samalah. Saya sangat cemburu dengan kawan-kawan yang masih mempunyai motivasi kerana kehidupan saya seperti sudah tidak mempunyai erti.
“Ibaratnya, secara dalaman, saya sudah mati tetapi saya masih di sini.” Setakat tengah hari tadi, ciapan tersebut mendapat hampir 25,000 retweet (ulang kicau) dan 27,600 likes (tanda suka). Sebelum ini, pelakon drama Projek: Anchor SPM itu berbakti kepada negara apabila sama-sama menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi bagi membantu menangani penularan virus Covid-19.
|
izztmhmd replied at 9-7-2021 06:08 PM
dua tiga minggu lepas ada tengok muzik2. masa tu alif satar tanya daiyan lepas habis covid ni nak ho ...
cheezel replied at 11-7-2021 06:40 AM
apasal ramai budak suka dia? byk plk like kt tweet tu. nak kata cantik ramai g cantik. nyanyi pn xta ...
apedehal replied at 11-7-2021 02:33 PM
Dia rajin mencapub ken so ramai la mengikuti
ADVERTISEMENT