CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dulu Orang Datang Curi TV, Sekarang Curi Ikan Kembung,"-Bos Mydin

9-7-2021 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2406| Komen: 12

Jika dahulu pengunjung di pasar raya besar ada yang ditangkap mencuri barang-barang berharga seperti televisyen dan pembesar suara, kini, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Ameer Ali Mydin, lain pula ceritanya.


Kata Ameer, sewaktu ramai rakyat terjejas pendapatan gara-gara Covid-19, amat menyedihkan baginya mengetahui ramai terlibat dalam kes mencuri bahan-bahan makanan seperti ikan dan sayur.

Dan itu adalah pengalaman yang melibatkan perniagaannya secara langsung.

“Kecurian di pasar raya besar seperti Mydin meningkat, tapi mereka bukan mencuri barang bernilai tinggi.

"Dulu-dulu orang datang dan curi TV, pembesar suara, untuk dijual. Sekarang mereka curi ikan kembung, mereka curi sayur. Ia sangat menyedihkan,” katanya.

Foto: Google



Dia berkata demikian semasa menjadi panel dalam sidang media anjuran Industries Unite (IU) iaitu gabungan 115 persatuan, institusi dan badan perdagangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Bukan itu sahaja. Menurut presiden Persatuan Peruncit Bumiputera itu lagi, penjualan mi segera di pasar raya besarnya juga melonjak tinggi semasa wabak Covid-19 ini melanda.

"Jualan mi (segera) melonjak sangat-sangat tinggi. Adakah kamu fikir orang malas masak? Tidak! Ia berlaku kerana orang tak mampu benda lain.

“Mi ialah (pilihan) yang paling murah untuk mengalas perut.

“Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka begini? Ini menyedihkan,” katanya.

Masa untuk kerajaan mendengar

Ameer berkata demikian ketika menjelaskan betapa kerajaan perlu tampil dengan strategi dan naratif baru dalam melawan Covid-19.

Terdahulu pengasas bersama IU, David Gurupatham, menegaskan kerajaan kini memerlukan strategi dan naratif baru berbanding naratif perintah berkurung (lockdown) yang tidak berkesudahan dan hanya menyalahkan pihak kilang atas penularan Covid-19.

Katanya, naratif kerajaan kini harus berkisar tentang memastikan rakyat tidak menderita kerana hilang pendapatan dalam tempoh masa yang lama akibat penutupan sektor, dan hal itu dapat dilihat daripada gerakan bendera putih yang tular baru-baru ini.

“MKN (Majlis Keselamatan Negara) mungkin dapat selamatkan kita daripada virus (dengan sekatan pergerakan), tapi apalah gunanya jika orang akan mati kebuluran?” katanya merujuk sektor perniagaan lama ditutup sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Inisiatif bendera putih adalah gerakan untuk meminta pihak yang terputus bekalan makanan menaikkan bendera putih di rumah masing-masing sebagai isyarat untuk orang lain - khususnya jiran tetangga - menghulurkan bantuan.

Ia mendapat perhatian menggalakkan daripada pelbagai pihak yang turut menghulurkan bantuan, di sebalik kecaman segelintir ahli politik PAS yang memandangnya sebagai suatu petanda mengaku kalah.

Kata David, sudah sampai masa untuk kerajaan mendengar suara pemain industri dalam soal pengurusan industri ketika wabak Covid-19.

Katanya, IU menyertai banyak sesi libat urus dengan pihak kerajaan dalam menyuarakan cadangan mereka dalam cara operasi industri, selain ahli-ahlinya turut selalu menyuarakan pandangan mereka di platform berita.

Namun, katanya, pandangan mereka sehingga kini dipandang sepi.

“Apakah ada tindakan yang diambil? Adakah lama benar masa diambil untuk membuat sesuatu keputusan?

“Kami mahu lihat libat urus yang membina. Ya, kami dijemput berbincang dengan kementerian, dengan menteri setiap minggu.

“Tetapi, kini sudah sampai ke tahapnya untuk kami bertanya: apa terjadi kepada semua cadangan kami? ‘Kami akan kaji’ - itulah jawapannya (yang diberikan). Kita sudah 16 bulan dalam pandemik. Tempoh untuk ujian sudah habis.

“Sekarang masanya untuk (kerajaan) mendengar,” katanya.

Jangkakan pengangguran lebih tinggi

Pada Feb lalu IU pernah mengkritik keras langkah kerajaan melanjutkan PKP dan menganggapnya akan membunuh perniagaan sekali gus menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan. 

UI juga menggesa agar pelaksanaan moratorium automatik ketika PKP dilaksanakan semula baru-baru ini. 

Antara hal yang dipersoalkan David dalam sidang media tadi ialah tiadanya wakil sektor swasta dalam proses membuat keputusan kerajaan berkenaan soal tersebut, selain pendekatan PKP yang masih diambil kerajaan meskipun ia tidak mampu menjadi penyelesaian jangka panjang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selain itu, dia turut mempersoalkan sains di sebalik penentuan perkhidmatan penting dan tidak penting oleh kerajaan.

Seorang lagi pengarah bersama IU, Irwin SW Cheong, memberitahu pada awal tahun ini mereka memberi amaran berkenaan pengangguran besar-besaran yang akan berlaku jika kerajaan terus mengambil pendekatan menutup ekonomi.

Katanya, berdasarkan statistik IU, bilangan perniagaan yang masih hidup sudah berkurang dengan banyak sekali, dan itu bermakna pengangguran yang lebih tinggi lagi pada masa akan datang.

Antara panel lain yang bercakap pada sidang media itu termasuklah Tony Looi Chee Hong, Teo Chiang Kok, Shirley Tay, dan AT Kumarajah.

Antara hal-hal lain yang dibangkitkan mereka ialah perlunya kadar vaksinasi dipercepat, kebenaran memvaksin kepada sektor swasta, membenarkan penjualan alat ujian saringan kendiri, dan lain-lain.

Gara-gara Covid-19, PKP mula-mula diperkenalkan pada 18 Mac tahun lalu, dan sejak itu mengalami beberapa fasa pelaksanaan. Terbaru, negara di bawah pelaksanaan fasa pertama PKP di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sepanjang kawalan pergerakan melalui fasa berbeza itu, banyak sektor yang dahulunya ditutup kini dibenarkan dibuka, namun banyak juga sektor yang tidak beroperasi sejak lebih setahun lalu, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka yang terlibat di dalam sektor berkenaan.  -CARI

Sumber: Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 9-7-2021 01:31 PM
Bila kena covid aritu..pekerja warga asing dia pon 'hilang' beberapa hari aritu.
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 01:49 PM
haa pak mydin dah gelabah
Quote Artemesiaa 9-7-2021 01:50 PM
Thread dah ada
Quote Belibis 9-7-2021 02:37 PM
Jualan mee segera melonjak sebab menteri pun sibuk nak makan jugak..untuk bergambar.
Quote kakikuDibibirmu 9-7-2021 02:56 PM
Ada menteri tu makan mee segera terus cirit-birit sebab perut tak biasa
Quote JohnyEnglish 9-7-2021 03:09 PM
tb berapa inci biasa org curi kat mydin tuh?
Quote hyie 9-7-2021 03:09 PM
macam mana dia rembat tv ye? cabut spare part ke apa
Quote jazaa100 9-7-2021 03:14 PM
Belibis replied at 9-7-2021 02:37 PM
Jualan mee segera melonjak sebab menteri pun sibuk nak makan jugak..untuk bergambar.

Ha..ha....ni kelakar
Quote creep_bite 9-7-2021 03:17 PM
Tokey Mydin...tak brp sangat nk percaya sembang dia ni...
Quote ninja9 9-7-2021 03:30 PM
hyie replied at 9-7-2021 03:09 PM
macam mana dia rembat tv ye? cabut spare part ke apa

tv kecil. ada video di youtube tunjuk orang letak celah kangkang

Quote Belibis 9-7-2021 04:42 PM
hyie replied at 9-7-2021 03:09 PM
macam mana dia rembat tv ye? cabut spare part ke apa

Geng kangkang boleh buat ..lcd pun muat.
Quote kiah_mai_pulak 9-7-2021 07:52 PM
hmmmmmm ramai yg makin terdesakk nk teruskan kehidupan..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.136489 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top