CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarah Hildebrand Keguguran, Asyik Teringat Saat Diri Hamil

9-7-2021 02:00 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4308| Komen: 11|Original author: Oleh: Saiful

Sarah Hidldebrand masih belum move on, masih terkenang dirinya yang pernah hamil tahun lepas.

Walaupun sekadar lapan minggu sebelum keguguran tahun lepas, Sarah kata tempoh tersebit adalah detik terindah baginya.


Foto: IG

"Saya tahu diri ini hamil ketika penggambaran drama Tunggu Dulu Cinta. Namun, ditakdirkan, ketika 'shooting' tertunda dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya keguguran.

"Apabila drama itu disiarkan kelak, mungkin peminat perasan tidak banyak adegan lasak dijayakan. Ketika itu, saya menjaga kandungan.

"Namun, Allah tahu apa yang terbaik untuk saya dan diberi peluang merasai nikmat berbadan dua biarpun seketika," katanya kepada BH Online.




Isteri kepada Otto Gilen ini kata disebakan faktor penularan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan, dia belum merancang untuk hamil lagi.

"Ada banyak keutamaan lain buat masa ini. Dengan penularan kes COVID-19, banyak perkara lain yang perlu difikirkan.

"Saya mahu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dan memberi fokus kepada perniagaan sabun yang diusahakan.



"Pada masa sama, saya dan ibu terfikir menjual dan memberi pakaian terpakai kepada golongan memerlukan.

"Saya mahu hidup cara minimalis. Apabila keadaan sudah teratur dan apa dirancang sudah dilaksanakan, bolehlah saya fikir untuk mendapatkan zuriat."



Semoga apa yang diimpikan Sarah menjadi kenyataan. Sama-samalah kita doakan ya? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciksaenara 9-7-2021 02:56 PM
ooo dah penah hamil rupanya... takpela..belum rezeki..pasti ada hikmah...
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 02:59 PM
mohon bertabah.
Quote evlinne 9-7-2021 03:01 PM
I feel u sarah..
Quote zasrfikri 9-7-2021 04:44 PM
can do juga hubby dia.
Quote dejure 9-7-2021 04:50 PM
Nabil nak jadi bapa kau pon bukalah cite hamil kann..meluat
Quote slyfynx 9-7-2021 08:01 PM
Sorry Sarah.
Lepas dr tibe2 bukak tudung terasa macam attention seeker.
So ialah jahat sikit la aku ni
Quote Fly_over 9-7-2021 08:39 PM
musim2 covid ni kalau kawen tu org kata best boleh jimat tp sungguh tak best nak mgandung, bsalin. mcm2 halangan. nak check up, nak pantang, nak bsalin, ada yg pendapatan yg tgugat nak beli kelengkapan ank. semua dah lain cara. kakak iols ank dh boleh jalan pn x belikan lg kasut selipar sbb xboleh keluar jalan2 pn katanya.
Quote mh17 10-7-2021 12:14 PM
slyfynx replied at 9-7-2021 08:01 PM
Sorry Sarah.
Lepas dr tibe2 bukak tudung terasa macam attention seeker.
So ialah jahat sikit la ak ...

Kan..tetibe btol..dia pas free hair ni dgn perangai pun kuo
Quote mh17 10-7-2021 12:16 PM
Fly_over replied at 9-7-2021 08:39 PM
musim2 covid ni kalau kawen tu org kata best boleh jimat tp sungguh tak best nak mgandung, bsalin. m ...

Kih2..bli la 1..wat merasa..ank aku 7bln da pndai jalan,skrg da 1thun 6 bln da ada 7 slipar,3 pasang kasut..haha.bg la jalan dkt laman..sian
Quote lady_cokelat 26-9-2021 05:02 AM
Ig dia dh takde eh. Husband dia pun kat LA skrg. Tak nampak pulak kelibat si Sarah ni.
Quote keratosis 26-9-2021 05:38 PM
Mana sarah hildebrand ni.. kat IG takdak.. husband dia Otto mcm dah balik US??.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.047300 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top