CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Darah Penuh Dekat Lantai, Anak Ezad Lazim Cedera Dipukul Guna Penyangkut Baju

9-7-2021 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16867| Komen: 63

Gara-gara bergaduh fasal mandi, kepala anak kedua penyanyi Ezad Lazim iaitu Putera Muhammad Darwish yang kini berusia enam tahun mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.


Isteri Ezad iaitu Zeana Ramli berkata, dia yang sedang memasak ketika itu panik apabila melihat kepala Darwish berlumuran darah akibat dipukul kakaknya Puteri Rania Keisha, 8, menggunakan penyangkut baju.


Foto: IG

"Masa kejadian itu berlaku, saya di dapur nak memasak manakala Ezad pula berada di ruang tamu. Anak-anak di bilik atas. Tiba-tiba Darwish menangis beritahu yang Rania pukul dengan penyangkut baju.

"Darwish marahkan kakak dia sebab tak tunggu dia mandi. Saya baru nak mula masak, tiba-tiba dengar Darwish menangis... rupa-rupanya kepala dah berdarah. Penuh darah atas lantai.


"Terus kami bawa Darwish pergi klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan. Tapi doktor di klinik itu suruh rujuk hospital sebab darah tak berhenti, " katanya ketika dihubungi mStar.



Terdahulu, vokalis kumpulan Exists itu memuat naik beberapa foto di Instagram tentang keadaan anak lelakinya sedang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

"Adik-beradik ni selalu bergaduh, memang berdarah banyak. Kami yang tengok pun rasa nak pitam darah penuh dekat lantai. Semoga dipermudahkan, " Kata Ezad.

Dalam pada itu, Zeana meluahkan rasa syukur apabila kepala anaknya tidak perlu dijahit namun masih mendapatkan rawatan susulan.


"Alhamdulillah... selepas lakukan pemeriksaan di hospital, luka di kepala Darwish tak perlu dijahit, hanya bersihkan darah beku saja.

"Doktor ada beri ubat untuk makan dan sapu luka tersebut. Sekarang keadaan dia pun dah okay. Rania ada beritahu saya yang dia tak sengaja nak pukul adik dia.



"Dalam perjalanan nak balik rumah ini pun Darwish siap beli donut untuk kakak dia. Biasalah budak-budak bergaduh... cuma nasib baik tak ada kecederaan yang serius, " ujarnya.

Untuk rekod, Ezad mendirikan rumah tangga dengan Zeana pada 29 Mac 2013 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Rania Keisha, 8, dan Putera Muhammad Darwish, 6. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jemahjacjon 9-7-2021 05:09 PM
Penyangkut baju apa weh smpi berdarah kepala? Penyangkut baju ke lesung batu dek non??
Quote makadek 9-7-2021 05:10 PM
Aishh ganas ..anak2 aku pn kalau jenis nk ugut2 dgn benda tajam mmg aku ugut anta ke balai
Ni gaduh mulut pn aku tampo
Quote fadz84 9-7-2021 05:12 PM
jemahjacjon replied at 9-7-2021 05:09 PM
Penyangkut baju apa weh smpi berdarah kepala? Penyangkut baju ke lesung batu dek non??

Hanger kayu tu kot.. terkena bucu tajam mmg leh luka..
Quote laradelara 9-7-2021 05:16 PM
Budak umur 8 tahun pukul adik dgn hanger smpai berdarah bnyk.. Lpstu claim tak sengaja? Kena perhati tu. Bkn isu kecik. Takot ada yg terlepas pandang
Quote kaedahnya 9-7-2021 05:21 PM
teringat dulu kes adik beradik gaduh pasal TV sampai pecah cermin ke tingkap tah, kakak baling kaca tu kena adik, jiran tolong bawak gi klinik, klinik suh gi hospital, sampai hoapital dah meninggal.
Quote krustykrab 9-7-2021 05:24 PM
Putra putri anak2 dia
Quote lavieenrose 9-7-2021 05:28 PM
Amboi ganas ko dik...
Quote red_velvet 9-7-2021 05:28 PM
Teringat cerita Barrot house
Quote Cece1234 9-7-2021 05:30 PM
laradelara replied at 9-7-2021 05:16 PM
Budak umur 8 tahun pukul adik dgn hanger smpai berdarah bnyk.. Lpstu claim tak sengaja? Kena perhati ...

Teringat dlu i tgk law and order svu ke mana ntah..daughter dia umur 6 thn ttibe jadi pendiam badan asyik lebam2..maknya ingat kena buli kat skola..rupanya abg umur 8 thn psiko asyik pukul adik dia..siap ugut nak bunuh..dia xske adik dia sejak lahir sbb jeles..so scary..
Quote nazzse 9-7-2021 05:37 PM
tak padan dengan perempuan, adik laki pun kalah.
Jaga2 bakal suami
Quote pxlbb 9-7-2021 05:45 PM
Lagi satu budak2 ni kalau tak biasa kena pukul dia pun takkan membiasakan diri pukul org lain. Ezad ni jenis ok tp kena tengok juga la kenapa his daughter tu boleh pukul sampai berdarah tu. ngeri.
Quote nakkomenjugak 9-7-2021 05:46 PM
.... serius?
Quote inspektoremos21 9-7-2021 05:56 PM
Anak2 ezad ni memang jenis tak berapa nak behave sangat pun kan. Jenis ganas & dua2 tak boleh mengalah. Banyak kali dah bini ezad ni post dkt ig story yg anak2 diorg memang suka bercekau sampai terpekik2 bini ezad dok marah kan anak diorg hahaha
Quote KBW2 9-7-2021 06:00 PM
erkkkkkk not normal I tell you
Quote laradelara 9-7-2021 06:05 PM
Cece1234 replied at 9-7-2021 05:30 PM
Teringat dlu i tgk law and order svu ke mana ntah..daughter dia umur 6 thn ttibe jadi pendiam bada ...

Svu kalo tgk mmg kena kuatkan hati. Ada bnda yg tak leh nk sangka pun boleh jadi. Tapi bagus sbb based on real cases so bnyk bnda boleh tau

Utk tak ot, ezad & wife kena tau ni bkn bnda biasa. Budak2 gaduh kalo smpai dah cedera, tak boleh amik ringan. Ini tak normal. Takot dah besar lain jadinya
Quote otai_g 9-7-2021 06:07 PM
Ganaznya bdk2 ni. Bgs la tu adik beradik berbunuh2an. Tp kat blkg abg salur dana juta2 dkt adik
Quote sharlenetexas 9-7-2021 06:12 PM
Dah besar nnt boleh tulis blog mcm sarah adik hafhaf teksi jawa peranakan. Kakak psycho bergaduh tarik rambut sampai berdarah2.
Quote sharlenetexas 9-7-2021 06:14 PM
laradelara replied at 9-7-2021 06:05 PM
Svu kalo tgk mmg kena kuatkan hati. Ada bnda yg tak leh nk sangka pun boleh jadi. Tapi bagus sbb b ...

Jadi mcm bini teksi

Quote purebloodleo 9-7-2021 06:30 PM
Jadi dekat aku mmg setengah mati aku kejekan si kakak. Lenkali baru serik.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054293 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top