Pelakon Atikah Suhaime berasa pelik apabila posting dan video yang dimuat naik di Instagramnya kurang mendapat "like" walaupun ada sejuta pengikut. "Algoritma Instagram nampak sedikit pelik sebab saya mempunyai sejuta followers tapi di mana semua likes dan viewers? "Adakah disebabkan tidak buat tiktok atau sebab saya jarang kongsi video atau adakah pengikut mahu saya untuk sentiasa comel 24 jam?" soal pelakon Atikah Suhaime yang meluahkan rasa pelik.
Mahukan penjelasan itu, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Suhaime, 30, meminta pendapat pengikut laman sosial itu sama ada ia disebabkan kandungan yang dipaparkan tidak menarik? "Bolehkah seseorang memberitahu saya apa sebenarnya yang terjadi?" Dalam pada itu, pelakon berasal dari Singapura ini berkata, dia tidak pernah membeli pengikut sebaliknya jumlah itu diperoleh hasil sembilan tahun bergelar selebriti. "Nampak macam saya membeli followers padahal saya memperolehnya selama sembilan tahun saya berada dalam industri atau mereka semua ghost followers." ujarnya. Pertanyaan Atikah turut mendapat respons daripada rakan selebriti, Afifah Nasir yang menurutnya, rakyat Malaysia tidak menghargai bakat sebaliknya lebih gemar dengan perkongsian video yang tidak berpendidikan. "Kesian sungguh awak, sedih tetapi benar engagement awak akan menjadi tinggi sekiranya anda berkongsi video tiktok menari dengan mendedahkan aset. Orang kita suka perkongsian yang tidak berpendidikan dan bakat tidak dihargai di Malaysia. Awak mesti kelihatan comel untuk mereka menghargai," tulisnya. Memang pelik juga kalau "followers" ramai tapi kurang "like" kan! Apa pula pandangan korang? - CARI |
ADVERTISEMENT