CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mogok Lapar Sampai Bekas Isteri Pulangkan Anak-anak

12-7-2021 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2541| Komen: 14

Seorang lelaki Perancis mendakwa dua anaknya diculik bekas isteri yang merupakan rakyat Jepun, memulakan kempen mogok lapar di Tokyo, kelmarin.

Tindakan itu dibuat sebagai usaha Vincent Fichot untuk menarik perhatian antarabangsa bagi menyatukan semula dia dan dua anaknya.


Jelas Fichot, dia sudah berkorban segela-galanya sehingga kehilangan pekerjaan, rumah dan duit simpanan, namun tidak sanggup berpisah dengan anak-anaknya iaitu seorang lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia enam dan empat tahun.

Lelaki berusia 39 tahun itu sudah 15 tahun tinggal di Jepun dan menegaskan tidak akan berhenti mogok lapar sehingga anak-anaknya dikembalikan kepadanya, lapor AFP.

Katanya, jika gagal, dia mahu pihak berkuasa Perancis memaikan peranan dalam mendapatkan semula anak-anaknya dengan mengenakan sekatan terhadap negara ini.



Fichot memberitahu, bekas isterinya menuduh dia di mahkamah atas dakwaan melakukan keganasan rumah tangga sebelum menarik balik tuduhan tersebut.


“Saya sudah cuba segalanya dan meyakinkan isteri bahawa ini tidak baik untuk anak-anak dan kini, saya tidak tahu sama ada mereka masih hidup atau tidak,” katanya.

Penjagaan bersama anak dalam kes perceraian atau perpisahan tidak wujud secara sah di Jepun, dan penculikan oleh ibu bapa adalah perkara biasa dan sering dibiarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan hak asasi menganggarkan bahawa kira-kira 150,000 anak bawah umur dipisahkan secara paksa dari ibu bapa setiap tahun di Jepun. 


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsPercy 12-7-2021 02:25 PM
Ini la problem bila kawen dgn warga asing..bila cerai ada anak jadi rebutan
Quote jazaa100 12-7-2021 02:36 PM
MsPercy replied at 12-7-2021 02:25 PM
Ini la problem bila kawen dgn warga asing..bila cerai ada anak jadi rebutan


Senang kawin dgn lelaki melayu je kann.....
Bila bercerai, dia tak kisah pun pasal anak....hilang lenyap tak dpt dikesan....dah tua nanti baru muncul....
Quote renko 12-7-2021 02:37 PM
Kalau xde orang layan mogok dia ni..berlapar la kau sampai mampos
Quote isbritneybich 12-7-2021 02:37 PM
sebab kalau anak2 dapat ke wife kena bayar alimony ke?
Quote MsPercy 12-7-2021 02:38 PM
jazaa100 replied at 12-7-2021 02:36 PM
Senang kawin dgn lelaki melayu je kann.....
Bila bercerai, dia tak kisah pun pasal anak....hila ...

Laki melayu taguna je tabur benih. Cerai pastu hilang kemana
Quote cha-cha 12-7-2021 02:46 PM
jazaa100 replied at 12-7-2021 06:36 AM
Senang kawin dgn lelaki melayu je kann.....
Bila bercerai, dia tak kisah pun pasal anak....hila ...

Omg sissssssss menembak tepat ke sasaran ya!!!
Quote ellejo 12-7-2021 02:58 PM
jazaa100 replied at 12-7-2021 06:36 AM
Senang kawin dgn lelaki melayu je kann.....
Bila bercerai, dia tak kisah pun pasal anak....hila ...

aduh setepek
Quote imanda 12-7-2021 03:00 PM
jazaa100 replied at 12-7-2021 02:36 PM
Senang kawin dgn lelaki melayu je kann.....
Bila bercerai, dia tak kisah pun pasal anak....hila ...

wahahahahaha kikikikiki
Quote Jitu 12-7-2021 03:06 PM
thread pasal lelaki perancis tp lelaki melayu jugak yg kena walaupun takda apa2 kaitan

Quote nakkomenjugak 12-7-2021 03:13 PM
Ni macam kes siapa tu?? Yang bisnesman dok rebut anak dengan binik mat saleh
Quote asamfish 12-7-2021 03:46 PM
jazaa100 replied at 12-7-2021 02:36 PM
Senang kawin dgn lelaki melayu je kann.....
Bila bercerai, dia tak kisah pun pasal anak....hila ...

....dan merempan 'anak durhaka'.....

Quote batmana 12-7-2021 03:57 PM
Penjagaan bersama anak dalam kes perceraian atau perpisahan tidak wujud secara sah di Jepun, dan penculikan oleh ibu bapa adalah perkara biasa dan sering dibiarkan oleh pihak berkuasa tempatan.


apa punya negara la, kata maju , hebat serba serbi

tang psl anak, kawin plak cam barbarian.. main culik2 bagai.

Quote batmana 12-7-2021 04:01 PM
rupenya ramai mangsa camni,

smpai menteri perancis pun komen

https://www.youtube.com/watch?v=S30_Be3sD6A&t=1s


patutla xramai org malaysia kawin org jepun
[youtube]S30_Be3sD6A[/youtube]
Quote AyaqMeloSuam 12-7-2021 07:03 PM
jazaa100: Senang kawin dgn lelaki melayu je kann.....Bila bercerai, dia tak kisah pun pasal anak....hilang lenyap tak dpt dikesan....dah tua nanti baru muncul.. ...

Hahahaa.. sokong ni sistur.... {:thief

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.042747 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top