CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kulit Anak Sensitif Pakai Lampin Kain? Hidup Atas Dunia Nyata Lah Sis'

12-7-2021 05:42 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 15021| Komen: 97|Original author: Oleh: LilRose

Pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berpanjangan memberi kesan mendalam kepada negara dan masyarakat terutama tekanan kewangan hingga menjejaskan kesihatan mental.

Tidak dinafikan, tekanan dihadapi membuat segelintir pihak tidak berkemampuan terpaksa menebalkan muka bagi memohon belas ihsan daripada orang lain.

Bagaimanapun, sesetengah pihak meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada yang memohon bantuan lampin pakai buang bayi.

Malah, ramai menyifatkan tindakan mereka sebagai pemalas seperti wanita ini yang menasihati ibu bapa mempunyai anak kecil supaya membiasakan diri menggunakan lampin kain kerana ia lebih jimat.

Selain itu, dia turut menasihati orang ramai supaya berbelanja lebih bijak ketika berdepan kegawatan ekonomi.


Kredit foto: TikTok

Katanya, daripada membeli lampin pakai buang, lebih baik beli susu formula anak yang lebih penting untuk tumbesaran mereka.


"Janganlah nak beli pampers bagai. Akak-akak kita kena sedar sikit sekarang musim Covid-19, musim susah orang nak cari pendapatan.

"Jangan bagi alasan kulit anak sensitif lah, apalah. Kita kena hidup di dunia yang nyata," katanya.



Di ruangan komen, ada yang bersetuju dengan pandangannya dan mendakwa mereka menggunakan lampin kain untuk berjimat.

Pun begitu, segelintir warganet kurang senang dengan tegurannya itu.


Kredit foto: TikTok

Setuju atau tidak anak dipakaikan lampin kain? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 12-7-2021 05:53 PM
Sebab anak kulit sensitif la patut pakai lampin kain. So bila basah kita terus tukar, tak tunggu sampai 2,3 round budak tu kencing sampai dah kembung diaper tu baru nak tukar. Tapi yelah, kalau dah malas memang banyak la alasan kan. Nak seribu daya
Quote Ferr_Remy 12-7-2021 06:14 PM
Setuju je. Buat anak pandai, xkan beli lampin tak pandai??? X paham aku. Mmg la anak bawak rezeki bagai, tp dalam ekonomi x menentu ni bersyukur je la kalau dpt ape2 bantuan.
Quote LoveSungmin 12-7-2021 06:22 PM
selayaknya la pakai lampin kain kalau pampers pun tak mampu nak beli.. lain kali beranak lagi ramai2.. orang nak tolong, ada hati pula nak demand macam2.. by the way, lampin kain pun tak murah okay.. i pernah beli untuk anak2 buah i.. boleh tahan juga harganya
Quote lattehazelnut 12-7-2021 06:54 PM
Bukan semua org anak 1 je, kje suri rumah..

Sekarang dgn pdpr, wfh, jaga anak2, masak, buat kje rumah sume.. i mean simpati la sikit.. xnak donate diam je la..

i mean u not in their shoes.. cakap mmg senang.. kau miskin pun pakai pad kan.. cuba suro pakai kain je..

Of cos la ade yg melampau mcm pampers mahal, anak pakai pampers sampai 5 tahun dsb.. i mean in general..
Quote Fortiori02 12-7-2021 07:09 PM
Ikut poket masing2. Yg mampu, nak pakai pampers siang mlm pun x pe. Yg krg mampu, mungkin blh tukar2 guna pampers & kain lampin. Yg lebih x mampu, seeloknya guna pilihan yg murah spy duit yg ada tu boleh tampung keperluan harian yg lain & utk kecemasan.
Quote manehnya 12-7-2021 07:35 PM
Buat anak pandai, pampers anak suh org beli jadah...
Quote matchstick 12-7-2021 07:39 PM
Betul la apa dia kata tu..truth hurts.
Aku kecik2 dulu mak aku pakaikan lampin kain jgk..takde pun kematu kulit punggung aku. Tak payah sapu krim la mer pon
Quote matchstick 12-7-2021 07:43 PM
Yg meminta bantuan tu sah2 la yg terkesan sbb pkp iaitu yg hilang pekerjaan mostly..dh tak kerja cuci je la lampin anak sendiri. Kalau si ibu still kerja wpun cuma kerja kilang, beli je lah pampers guna duit gaji tu sendiri
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 07:44 PM
iols takde anak so hanya mampu baca komen sajork.
tapi mak iols kata iols dulu pakai lampin kain je. miskin, biasalah.
Quote Nana_Man 12-7-2021 07:46 PM
lattehazelnut replied at 12-7-2021 06:54 PM
Bukan semua org anak 1 je, kje suri rumah..

Sekarang dgn pdpr, wfh, jaga anak2, masak, buat kje  ...

Agree wif u. Kalau diapers tu asalkn saiz yg budak tu bole pakai. Jgn demand yg branded. Kalau bole untuk kids yg 3 yrs and below. Kalau yg lagi besar, kene bagitau knapa masih perlu. So far kwn2 i yg low income lagi cepat toilet train anak2 dorang. Ada jgk budak2 yg lambat ckp, autistic yg nmpk normal tapi tak bole nk toilet train cepat. So kategori gini masih bole bagi diapers.
Untk pad wanita pulak, baik suruh pakai kain je. Lgpun pompuan2 melayu ni kan suka cuci pad sebelum buang. Dah alang2 suka cuci pad, kan lagi baik cuci kain tu je.
Quote Nana_Man 12-7-2021 07:47 PM
nakkomenjugak replied at 12-7-2021 07:44 PM
iols takde anak so hanya mampu baca komen sajork.
tapi mak iols kata iols dulu pakai lampin kain j ...

Org dulu2 memang slalu pakai lampin. Yg ada duit pun pakai lampin. I ada colleague yg laki bini gaji besar. Pun guna lampin. Pasal better for the skin.
Quote Nana_Man 12-7-2021 07:48 PM
manehnya replied at 12-7-2021 07:35 PM
Buat anak pandai, pampers anak suh org beli jadah...

Baik belikn kondom. Jgn buat anak lagi. Tak mampu pandai2 lah control.
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 07:57 PM
Nana_Man replied at 12-7-2021 07:47 PM
Org dulu2 memang slalu pakai lampin. Yg ada duit pun pakai lampin. I ada colleague yg laki bini ga ...

Yuppp. Iols memang dari kecik eczema so hanya pakai lampin kain je. Jarang la montot merasa pampers.

mak iols cerita la.
Quote mawardia 12-7-2021 08:08 PM
Hujung-hujung, surirumah jugak yg dipersalahkan. Penat weh jadi surirumah ni. Kita yg WFH ni, dgn nak bekerja, dgn nak masak, nak mengemas, laundry, dgn anak pdpr lagi, penat tak? Fikir masalah pendapatan lagi. Sejak WFH ni i rasa bertambah respect dgn surirumah.

I dunno la. I rasa ok je pakai diapers. Sebab housewife byk kerja lain nak buat. Unless anak tu dah 4 or 5 y/o, boleh potty train dah. Kalau anak kecik2 tu pakai diapers je la.
Quote manehnya 12-7-2021 08:15 PM
Nana_Man replied at 12-7-2021 07:48 PM
Baik belikn kondom. Jgn buat anak lagi. Tak mampu pandai2 lah control.

Yg tu pun bodo nak kena ajaq nuh... X reti nak planning
Quote manehnya 12-7-2021 08:16 PM
mawardia replied at 12-7-2021 08:08 PM
Hujung-hujung, surirumah jugak yg dipersalahkan. Penat weh jadi surirumah ni. Kita yg WFH ni, dgn na ...

Rasa 4 - 5 taun pun mcm dah baby tua kalau pakai pampees... Patut ajaq free diapers 3yr bila dah pandai bcakap... Lenla anak jenis lamabt 5btaun pun dok buh pampes lagi
Quote mawardia 12-7-2021 08:28 PM
manehnya replied at 12-7-2021 08:16 PM
Rasa 4 - 5 taun pun mcm dah baby tua kalau pakai pampees... Patut ajaq free diapers 3yr bila dah p ...

3 y/o can try la. Kena tengok jugak if the kid boleh control tak. Sebab i tgk ramai anak2 yg typical yg start umur 4 y/o. Sebab umur 3 thn pandai ckp tapi dia tak ready. Dgn my child i ada different experience sbb anak i autistic. So bab potty training typical kids ni, I may be wrong though..
Quote Eva_yy_Ellin 12-7-2021 08:29 PM
Tak suka komen yang last tu.
Kenapa dengan bahasa perempuan ni?
Dia cakap elok apa. Bukannya maki meroyan tak senonoh punya pasal.
Sikit-sikit keluar ayat "macam ni ke bangsa Melayu?"
Well...macam ni ke bangsa Melayu, susah sangat nak terima teguran?
Kalau rasa boleh adapt dengan teguran orang tu, cuba la buat.
Kalau tak boleh, tak payah buat.
Quote missycutie 12-7-2021 08:35 PM
betul la apa yg dia cakap. rasa mampu beli, belilah.  tak mampu, guna la apa yang ada dulu. dalam keadaan skrg ni, yg penting bantuan makanan dan ubat2an. utamakan yg perlu

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.038580 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top