CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Tahun Ganggu Jiran Dengan Bunyi Kuda Setiap Malam

13-7-2021 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5129| Komen: 27

Lelaki dari Rusia dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan yang ditangguhkan atas kesalahan mengganggu jirannya dengan bunyi kuda hampir setiap malam selama lebih dua tahun.

Lapor Oddity Central, Yuri Kondratyev, 47, dari bandar Nizhny Novgorod `mendera jirannya secara mental’ selama lebih dua tahun.


Penganggur itu yang tinggal bersendirian sejak isterinya meninggalkannya mula mengganggu jiran yang tinggal di bangunan apartmen itu sejak 2018.



Akibat tidak berpuas hati dengan bunyi bising anak-anak jirannya pada siang hari, Kondratyeav mula membalas dendam dengan menimbulkan gangguan kepada mereka pada waktu malam.

Pada mulanya, Kondratyeav hanya memainkan muzik rock dengan kuat selama beberapa jam pada waktu malam sehingga beralih kepada rakaman bunyi kuda.

Jiran Kondratyeav membuat laporan polis dan pihak berkuasa tempatan, malah pernah berusaha untuk memasukkannya ke hospital mental.


Beberapa media tempatan melaporkan lebih 80 aduan difailkan terhadap Kondratyeav antara April 2018 dan Disember 2020.

Kondratyeav juga pernah didenda beberapa kali namun dia tidak mempedulikannya dan terus menyeksa jirannya dengan bunyi kuda itu.

Pada Disember lalu, Kondratyeav ditahan oleh polis dan didakwa mengikut Artikel 117 Kanun Jenayah Rusia yang merujuk kepada mangsa mengalami masalah mental dan fizikal.

Kondratyeav mengaku tidak bersalah ketika perbicaraan meskipun terdapat banyak bukti terhadapnya dalam bentuk keterangan jiran dan denda dikeluarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 9 Julai lalu, Kondratyeav dijatuhkan hukuman penjara yang ditangguhkan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 13-7-2021 01:55 PM
Emm macm no report je pasal jiran nie dok guna drill secara kerap..hobi dia renovate rumah...ganggu PDPR
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 03:11 PM
kadang aku nak je buat macam ni. dah pukul 12 tengah malam pun anak2 jiran dok jerit2 lagi
Quote Artemesiaa 13-7-2021 03:16 PM
Di kebanyakan negara2 lain ramai je yang berani ambik tindakan jika ada jiran yang menganggu ketenteraman mereka macam ni perkara biasa je
Quote Sydasyda 13-7-2021 04:46 PM
Jiran aku suka karokey xkira siang malam pagi petang hujan ribut, nyanyi pon bunyi seakan2 kuda.. nk report jugak la
Quote noor2 13-7-2021 04:50 PM
Jiran akak tiap pagi sebelum pi kerja mesti jerit sekuat hati kat anaknya dah mcm orang gila bila marah kat luar rumah....anaknya lelaki umo dlm 5 tahun macam tu mesti jerit balas balik kat maknya...aku rasa kejiranan aku dah biasa bunyi anak beranak ni memekik......
Quote Meiizu 13-7-2021 04:59 PM
Edited by Meiizu at 13-7-2021 05:00 PM

Penah tgok kat tv kes kat spore..family melayu anak 3,4org berjirankan cainis mental.
Stp mlm laki tua tu ketuk dinding apartment diorang..dia kan start tengah malam sampai ke subuh selang ikut dia mcm sekali sejam.non stop 5min ke then bedebom lagi sejam...
Family ni sampai ke court tapi takde peruntukan undang2 ,apa yg blaku jadi dlm rumah org tu
Kesian diorang anak beranak,nak pindah tau la spore tmpt terhad,rumah beli,sorang anak dia hidup dlm ketakutan sebab dari kecik tekejut.
Laki bini letih takleh tido mlm
Diorang pindah kdg tido ruang tamu tarik kat tengah takrapat ke dinding sebab tempat dinding laki gila ketuk tu bilik tido diorang,tu pun living hall kena jugak
Quote cikanggun 13-7-2021 07:09 PM
Samalah mcm babi sekor kt atas ni... beranal babi agaknya tak reti nk jln elok2.. aku harap kalau rumah kau paip tersumbat, jgn harap aku nk bg dtg repair kt bwh ni..anjirrr
Quote doubleharmonic 13-7-2021 07:34 PM
[youtube]gaNf9Wlexs4[/youtube]
Quote doubleharmonic 13-7-2021 07:34 PM
[youtube]wT9Xw-Epvdw[/youtube]
Quote JunkMail 13-7-2021 07:38 PM
Jiran aku suka main guli siang malam. Nk report kat sapa?
Quote Tinot7 13-7-2021 08:01 PM
JunkMail replied at 13-7-2021 07:38 PM
Jiran aku suka main guli siang malam. Nk report kat sapa?

org kata main guli nih... bunyik paip jahh... abaikan...
Quote jiwasemangat 13-7-2021 08:31 PM
Jiran aku suka main guli malam- malam. Bila aku tanya dia, dia heran sebab dia pon selalu dengar jugak.  Selama ini dia ingat aku yg main guli malam-malam. Dia kata mana ada dia main guli.. main guli pon dia tak reti. So.. aku pon tak tahu siapa main guli sebenarnya.. kena report kerr..
Quote dua_chzy 13-7-2021 08:38 PM
Sydasyda replied at 13-7-2021 04:46 PM
Jiran aku suka karokey xkira siang malam pagi petang hujan ribut, nyanyi pon bunyi seakan2 kuda.. nk ...

Jiran kakak dulu pun gini masa mula2 tinggal di rumah baru pada tahun 2010. Gila tensen abes kakak. Dia ni cikgu tapi bingai dan non Muslim. Masa Krismas sampai le New Year's Eve tahan telinga ja kakak dengar dia dan family weng dia nyanyi dari pagi sampai ke subuh esoknya. Berenti 2-3 jam pastu melalak balik. Kakak hari2 menyumpah dia dan doa dia mati awal. Fast forward, tahun 2017 betul2 dia mati. Sakit kanser. Baru tahu rupanya dia depression tu yang asyik mabuk dan karaoke 24 jam. Ada rasa kesian juga masa tu.
Quote dua_chzy 13-7-2021 09:21 PM
jiwasemangat replied at 13-7-2021 08:31 PM
Jiran aku suka main guli malam- malam. Bila aku tanya dia, dia heran sebab dia pon selalu dengar jug ...

Tak. Jerit je jangan bising aku nak tido sundaalllll. Kalau nak main sangat pi tempat lain la bodoohhhhh tak reti tengok jam kaaaaaa

Kompom berenti.
Quote Login_ID 13-7-2021 09:24 PM
JunkMail replied at 13-7-2021 07:38 PM
Jiran aku suka main guli siang malam. Nk report kat sapa?

Hadiahkan congkak.
Quote supernaturalee 13-7-2021 09:32 PM
doubleharmonic replied at 13-7-2021 07:34 PM

Herlok newscaster
Tp guna board je
Old school btl


Btw pronunciation dorg bnyk keluar bunyi shhhhh shhhhh

Quote supernaturalee 13-7-2021 09:34 PM
Login_ID replied at 13-7-2021 09:24 PM
Hadiahkan congkak.

Dh bunyi org main congkak plk


Quote green~tea 13-7-2021 09:39 PM
Meiizu replied at 13-7-2021 04:59 PM
Penah tgok kat tv kes kat spore..family melayu anak 3,4org berjirankan cainis mental.
Stp mlm laki  ...

saiko nya lah... kenapa wujud manusia mental begitu
Quote Sydasyda 14-7-2021 12:25 AM
dua_chzy replied at 13-7-2021 08:38 PM
Jiran kakak dulu pun gini masa mula2 tinggal di rumah baru pada tahun 2010. Gila tensen abes kakak ...

Jiran aku ni kak, dia punya nyanyi 1 taman bergema, sy yg selang 2 buah ni pon bingit ni yg betul2 sebelah kesian tau ank dia pdpr sambil dengar jiran nyanyi.. kita org ramai2 maki dlm grup taman tp kalis makian betul la dia ni, kisah pulak dia nk stop nyanyi

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.297703 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top