Seorang paranormal dan hos rancangan terkenal di Indonesia, Roy kiyoshi menjadi buah mulut sejak hujung minggu lalu. Semuanya gara-gara dia mengaku telah tahu dirinya akan meninggal dunia secara tragis sebelum berusia 40 tahun.
Dia yang terkenal dengan program Menembus Mata Bathin berusia 34 tahun mengaku telah lama tahu mengenai punca kematiannya dalam masa enam tahun dari sekarang. Roy membuat pendedahan itu ketika menjadi tetamu dalam saluran youTube Nikita Mirzani. "Saya sudahpun mencatatkannya dalam buku," ujarnya apabila ditanya Nikita sama ada mengetahui bila dia akan mati. Katanya, dia tahu akan mati beberapa tahun lalu sewaktu dihipotesis. "Jadi kebetulan kamu tanya, saya tahu. Saya tahu saat dihipotesis yang waktu itu bercakap tentang waktu silam dan masa depan saya," katanya.
Roy yang pernah ditangkap atas kesalaham dadah tahun lalu kemudian mendakwa kematiannya adalah disebabkan diracun melalui makanan. "Tiba-tiba saya teringat akan mati sebelum usia 40 tahun. Apa yang tragis dalam penglihatan itu, saya melihat ada makanan dan minuman seperti diracun," dakwanya. Sumber: GEMPAK
|
boojaat replied at 13-7-2021 03:04 PM
Iols pernah bermimpi iols mati... Sekian2 tarikh. Tp anggap tu mainan tidur jer
lavendernovella: Perkara macam ni mmg wujud, aside from tahyul, orang yang memang gifted. Berlaku pada sesetengah manusia tak kira latar belakang budaya dan pegangan a ...
TomyamPuteh replied at 13-7-2021 04:30 PM
Kalau dh tau pi la jd tuhan. Blh la ubah takdir sndiri. Tu pun ada org yg percaya.
mamajawie replied at 13-7-2021 02:42 PM
mat dadah rupanya memang la sembang sampai ke langit!!!muka tu alter terlebih tarikh ke pelik bebeno ...
ADVERTISEMENT