Seorang pensyarah dari Ulsan National Institute of Science and Technology (UNIST) di Korea Selatan berjaya mencipta tandas mesra alam yang diolah menjadi tenaga. Teknologi terkini akan memproses najis manusia menjadi sumber tenaga termasuk untuk sebuah bangunan.
Idea ini cetusan pensyarah, Cho Jae-weon yang mencipta tandas itu yang disambungkan ke makmal dan menukarkan najis menjadi biogas serta baja. Malah, pelajar yang menggunakan tandas tersebut akan memperoleh ‘mata yang boleh ditebus untuk membeli makanan, buku dan sebagainya. Tandas yang digelar BeeVi ini menggunakan pam vakum untuk menghantar najis ke tangki bawah tanah sekali gus mengurangkan penggunaan air. Mikroorganisma memecah sisa menjadi metana sehingga menjadi sumber tenaga untuk bangunan, menghidupkan dapur gas, dan sel bahan bakar oksida pepejal. “Jika kita berfikir di luar kotak, najis memiliki nilai berharga untuk membuat tenaga dan baja. Saya telah memasukkan nilai ini ke dalam peredaran ekologi,” katanya dipetik Reuters. Menurut kajian, setiap orang membuang air besar sekitar 500 gram sehari yang boleh ditukar menjadi 50 liter gas metana. Arus elektrik 0.5kWh akan dihasilkan daripada gas tersebut dan ia boleh digunakan untuk memandu kereta sejauh kira-kira 1.2 kilometer. Menariknya, Cho juga telah mencipta mata wang maya bernama Ggool atau madu dalam bahasa Korea. 10 Ggool akan diperoleh sehari bagi setiap orang yang menggunakan tandas mesra alam untuk kegunaan membeli barang di kampus, seperti kopi, mi segera, buah-buahan, buku dan banyak lagi. Sumber: Era.je
|
ADVERTISEMENT