CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panjang Nyawa... Van Dinaiki Suami Isteri Terbakar Langgar Babi

13-7-2021 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2262| Komen: 12

Sepasang suami isteri nyaris maut apabila van dinaiki terlanggar babi sebelum terbakar dalam kejadian di Kampung Separap, Parit Sulong awal pagi Selasa.

Bagaimanapun, pasangan itu bernasib baik apabila berjaya dikeluarkan orang awam dan hanya mengalami kecederaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.58 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.


Pasangan suami isteri itu dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat bagi menerima rawatan lanjut.

"Sebaik tiba di lokasi iaitu berhampiran Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat, kita dapati van yang dinaiki pasangan berkenaan sedang marak terbakar.

"Difahamkan, pemandu lelaki yang berusia 63 tahun dan isterinya berusia 62 tahun dari arah Parit Sulong menghala ke Batu Pahat melanggar seekor babi hingga menyebabkan kenderaan mereka terbakar.


"Bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air pam jentera namun van berkenaan hangus 90 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, pemandu lelaki mengalami cedera di bahagian pinggang dan kaki manakala isterinya cedera di bahagian tangan kiri dan kaki di sebelah kanan.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat bagi menerima rawatan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 13-7-2021 01:24 PM
alhamdulillah nasib sempat dselamatkan
Quote supermum 13-7-2021 02:36 PM
Kat group menjahit pun ada jugak keta terbabas  ke dalam semak sebab nak elak babi. Wifenya pregnant 6 bulan. Nasib selamat. Wifenya mintak kerja sebab nak cover kos repair kereta
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 02:54 PM
Ini baru babi. Syukur terselamat keduanya
Quote kelapaparut 13-7-2021 02:55 PM
babi nye selamat x.. cian babi
Quote sukacactus 13-7-2021 03:00 PM
Sian mangsa
Udah la dah berumur, cedera pulak
Quote annehuda 13-7-2021 03:10 PM
kat tmpt I sorg ada yg meninggal kene langgar babi. I ingat lg kejadian tu 2 thn lepas, malam tu I keluar dinner, tak pernah2 I balik lambat mcm tu. Pdhal I sejenis tak suke keluar lewat malam sgt.  I balik pun dekat tengah malam la jugak. Esok pg tu kecoh, rupenye anak jiran depan lorong I meninggal naik motor balik masjid kene sondol babi. Arwah meninggal betul2 kat jalan yg I lalu la nak balik malam tu. Nauzubillah...
Quote Plain-tif 13-7-2021 06:28 PM
Alhamdulillah sempat diselamatkan
Quote Tinot7 13-7-2021 07:06 PM
annehuda replied at 13-7-2021 03:10 PM
kat tmpt I sorg ada yg meninggal kene langgar babi. I ingat lg kejadian tu 2 thn lepas, malam tu I k ...

takziah kpd keluarga dia..
nasib baik nih bkn citer final destination...
Quote annehuda 13-7-2021 08:29 PM
Tinot7 replied at 13-7-2021 07:06 PM
takziah kpd keluarga dia..
nasib baik nih bkn citer final destination...

Ye, tapi mayat arwah tu dlm pukul 10.30 baru org jumpe. Sbb arwah balik lambat sgt, bini arwah ngadu kt jiran-jiran lain tu yg depa pi carik tu. Kalau I balik awal skit maybe I yang jumpe mayat arwah dulu. Huhuhu
Quote Tinot7 13-7-2021 09:03 PM
annehuda replied at 13-7-2021 08:29 PM
Ye, tapi mayat arwah tu dlm pukul 10.30 baru org jumpe. Sbb arwah balik lambat sgt, bini arwah nga ...

Alhamdulillah dapat dijumpai. Tapi sedih la sbb lambat jumpa.
Quote clueless_gamer 15-9-2021 09:16 AM
teringat kat kes org kampung aku dulu

kes kena sondol babi masa dekat sawah.. dah tua masa tu, org pangil atok dah

patah kaki dan keliling tu takde org lalu sangat.. sawah kan luas

dia tahan sakit tu sambil meniarap atas tanah.. sampai ke jalan besar

masa tu baru ada org lalu dan perasan dia dan bawak pg hospital ..

dah dekat senja baru dia sampai tepi jalan besar.. 2-3 jam juga lah atok tu merangkak keluar

kazen aku sorang pon kena.. lalu tepi bukit, ade plak gerombolan babi turun menonong dari tebing tu.. patah jugak kaki.. hehe

Quote bulalof 15-9-2021 09:40 AM
populasi babi membiak dgn byk.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.033970 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top