Tak habis-habis isu sikap pelakon baharu khususnya yang lahir daripada media sosial menjadi buah mulut ramai dalam kalangan artis veteran. Terbaharu, pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud, 59, meluahkan apa yang terbuku di hati tentang pengalamannya ketika berhadapan golongan berkenaan.
“Saya faham itu semua adalah rezeki masing-masing, tapi tolong hormati bidang seni ini. “Apabila saya tanya apa itu seni lakon, mereka jawab sekadar untuk menghafal dialog... terus rasa nak sepak!” katanya pada sidang media drama Ayahanda yang disiarkan di slot Lestary di TV3. Tambah Fauziah, dia memahami setiap pelakon perlu melalui fasa tertentu dalam mengembangkan karier seni masing-masing.
“Kenapa tak jadikan bidang ini sebagai sesuatu yang serius... saya faham anda tak boleh jadi pelakon profesional dalam masa satu hari. “Tapi anda perlu melalui proses, kena sertai workshop atau kelas lakonan. Sama juga macam kami pelakon senior sekarang ni, ” katanya. -CARI Sumber: mStar Online
|
Incanto replied at 13-7-2021 05:27 PM
aku lagi suka lakunan adik dia ...lagi natural, tak over
lavendernovella replied at 13-7-2021 09:18 AM
Sheol ni mmg fine actor dan level sheol ni patutnya citer pasal apa itu method acting atau video pen ...
harkktuih replied at 13-7-2021 05:19 PM
nek ogy mmg level lain..level lambat byr hutang..
doubleharmonic replied at 13-7-2021 06:30 PM
erkk oggy yang hoverr amat ni meryl streep malaysia kah?
ADVERTISEMENT