"Sahabat itu seperti bintang, dia memang tidak selalu terlihat, tapi dia selalu ada untukmu. Terima kasih Allah hadiah insan insan yang baik untuk saya." Demikian tulis Azza Elitte atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari di Instagram yang bersyukur memiliki sahabat baik seperti Zarina Anjoulie yang suka memberi bantuan kepada orang ramai yang memerlukan termasuk dirinya sendiri. "Antara kesayangan Kak Za yang tak jemu bantu akak. Sedikit pun tak rasa jemu bantu," katanya. Dalam masa sama, pelakon dan usahawan itu menyifatkan Anju seorang yang berhati mulia dan mendoakan sahabanya itu sentiasa dilindungi Allah SWT.
|
Carcosa replied at 13-7-2021 11:54 PM
Kau dah knp, kawan2 kau kena bantu kau? Kemain dulu mendonia, tak nyimpan kah? Bodoh dia ni, acah2 h ...
LadyCarefree replied at 14-7-2021 12:57 AM
Wow. Kakacosa mesti tua macam mak saya.
ADVERTISEMENT