CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Makan Kotor- Ayam Mentah Diletak Luar, Banyak Tikus Berkeliaran

14-7-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2376| Komen: 10

Seorang pemilik kedai makan membuat permohonan maaf selepas satu video menunjukkan seekor tikus berkeliaran berdekatan bekas makanan yang terbuka di luar premis.

Kejadian yang berlaku di Hessie Road di Hull, United Kingdom itu dirakamkan oleh seorang penduduk.

Ia kemudian dikongsi di media sosial sehingga mengejutkan ramai terutama para pelanggan.

Video tersebut menunjukkan tikus-tikus berkeliaran di luar premis, dengan salah seekornya berada dalam bakul plastik yang ditinggalkan berdekatan.

Satu lagi klip video dari rakaman itu menunjukkan sebiji mangkuk besar yang mengandungi ayam mentah diletakkan bersebelahan dengan bakul tersebut.

Foto: Daily Star

Ini termasuk sebiji lagi mangkuk berisi kerepek, dan kedua-dua bekas makanan itu tidak ditutup.

Bercakap pada Isnin, pengurus kedai makan itu memohon maaf kepada pelanggannya.

Dia menjelaskan bahawa makanan tersebut diletakkan di luar premis selama beberapa minit sementara dapur dibersihkan.

Tambah pengurus itu, pekerja yang bertanggungjawab melakukan perkara itu telah dipecat. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleharmonic 14-7-2021 10:37 AM
Quote doubleharmonic 14-7-2021 10:38 AM
Edited by doubleharmonic at 14-7-2021 02:45 AM

[fbvlink]https://www.facebook.com/1312012413/videos/404732270914764/[/fbvlink]

https://www.facebook.com/1312012413/videos/404732270914764/
Quote doubleharmonic 14-7-2021 10:41 AM
Quote drivethru 14-7-2021 10:42 AM
Semua kedai makan kotor. Tapi acik2 gov gundu kepam suka order makanan online. Lepas tu bising sbb mahal.
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 10:48 AM
haha rasakan
Quote JohnyEnglish 14-7-2021 10:52 AM
Dah nama kodai pun "jin'.Jin mmg x suka tempat elok2
Quote sekngucing 14-7-2021 12:11 PM
JohnyEnglish replied at 14-7-2021 10:52 AM
Dah nama kodai pun "jin'.Jin mmg x suka tempat elok2

eh takdelah... tu setan

jin duduk tempat bersih dan cantik. mcm. air terjun.. hutan2... kawasan alam. semulajadi
Quote Artemesiaa 14-7-2021 12:14 PM
Boleh caya ke alasannya tu ke dah biasa buat kerja macam tu tapi kali ni kantoi
Quote ang_bess 14-7-2021 12:25 PM
Belaja la ngan tokey mamak di malaysia. Kantoi banyak kali bisnes masih laku keras. Mohon maap yilek. Media pun siap tolong cover lagi.
Quote Decaffeinated 14-7-2021 03:26 PM
drivethru replied at 14-7-2021 10:42 AM
Semua kedai makan kotor. Tapi acik2 gov gundu kepam suka order makanan online. Lepas tu bising sbb m ...

Terutamanya mamak. Dijamin kotor dan halal. What an irony.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.032266 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top