Gara-gara berasa bosan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih dua jam, seorang pemandu lelaki bertindak terjun ke dalam sungai dari sebuah jambatan. Lapor Metro, Jimmy Jennings, 26, dari Louisiana terpaksa diselamatkan selepas mengalami kesukaran untuk berenang di air sungai itu.
Rakaman video memaparkan Jennings terjun dari ketinggian 100 kaki atau 30.48 meter ke dalam Sungai Atchafalaya kerana bosan menunggu lama kesesakan lalu lintas di Interstate 10 berhampiran Lafayette. Aksi Jennings terjun dari Jambatan Basin itu turut menyebabkan operasi menyelamat dilakukan selama beberapa jam ketika dia cuba berenang melawan arus air sungai yang deras. Video yang dimuat naik di laman Facebook itu menunjukkan Jennings berlari antara kereta yang menunggu dalam kesesakan lalu lintas sebelum dalam sungai dari jambatan tersebut. Lelaki itu kemudian ditahan polis dan dibawa ke Pejabat Sheriff St. Martin Parish,
Jenning ditahan atas kesalahan jenayah dan pencerobohan. Dalam pada itu, Jenning berkata, dia bersama rakannya terpaksa menunggu lebih dua jam dalam kesesakan lalu lintas itu yang disebabkan kemalangan membabitkan beberapa kenderaan. “Sebenarnya, saya hanya mahu terjun dalam Sungai Atchafalaya kemudian berenang semula ke pantai dan kembali ke kereta saya daripada menunggu lama dalam kesesakan itu. “Namun, ia tidak semudah seperti yang disangka,” katanya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT