CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Sampai Hati Suruh Balik Sebab Ramai Beratur" - Pejabat Parlimen Muar Diarah Tutup

14-7-2021 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4253| Komen: 24

Pejabat Parlimen Muar diarah ditutup setelah menerima kehadiran 'luar biasa' orang ramai ke pusat berkenaan untuk menerima bantuan sejak Ahad lalu.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, polis datang ke pejabat itu pada Selasa dan mengarahkan ia ditutup.




Beliau memaklumkan, sejak Ahad lalu, Pejabat Parlimen Muar giat mengagihkan bantuan makanan yang baru sampai kepada 5,000 keluarga di Muar.

"Biasanya, ada kira-kira 150 keluarga datang setiap hari. Tapi, sejak Ahad, jumlah keluarga yang datang naik tinggi. Orang sedang susah, lapar dan sakit, mereka wajib dibantu.

"Pejabat saya tak boleh tolak orang yang mahu datang. Nak suruh mereka pulang sebab orang ramai, tak sampai hati. Rakyat Parlimen Muar adalah tanggungjawab saya," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.


Loading FB Post...


Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, beliau dan pasukannya sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi semasa pengagihan bantuan makanan berkenaan.

Jelasnya, mereka menyediakan sistem kupon yang mana 100 kupon setiap hari untuk mengambil bantuan makanan kepada 100 keluarga.

Selain itu, katanya, khidmat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga digunakan untuk mengawal situasi di luar pejabat.



"Kami sudah hantar surat, mohon pihak polis untuk bantu jaga semua yang hadir ke pejabat.

"Saya juga sudah agihkan sejumlah bantuan makanan kepada semua ketua kampung untuk agihkan di kawasan masing-masing.

"Had jumlah pengunjung ke dalam pejabat juga kami buat. Yang lain, perlu beratur dengan jarak sesuai di luar pejabat," ujarnya.

Polis telah mengarahkan Pejabat Parlimen Muar ditutup kerana kehadiran yang terlalu ramai. (FB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman).

Bagaimanapun, katanya, ramai lagi rakyat yang memerlukan bantuan makanan segera dan beliau tidak boleh dan tidak akan sesekali halang rakyat di Parlimen Muar untuk datang ke pejabat itu.


Kredit foto: FB SS

Penutupan itu, katanya, akan menyebabkan edaran bantuan makanan akan lebih lambat sampai ke tangan keluarga penerima.

Jelas Syed Saddiq, bantuan rumah ke rumah ada dibuat, tetapi mengambil masa dan beliau kini memikirkan cara lain untuk mengedarkan bantuan dengan cepat.

"Realitinya, ramai lagi rakyat Parlimen Muar yang susah, lapar dan sakit. SOP memang dipatuhi, tetapi saya memang tidak boleh kawal jumlah penerima yang datang ke pejabat.

"Kalau mahu kenakan kompaun kepada orang ramai yang datang ke pejabat, saya minta jangan kompaun mereka. Kompaun saya tak apa. Pejabat itu di bawah kawal selia saya.

"Urusan bantuan makanan ini pun urusan saya dan pejabat saya. Jangan tambah beban rakyat Parlimen Muar. Mereka hanya mahu bantuan sampai ke tangan keluarga mereka," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 14-7-2021 03:14 PM
kena perah otak fkir inisiatif lain la. sdgkan ppv pn petugas bleh jangkit covid kan. benda baik Allah tolong permudah
Quote makiting 14-7-2021 03:23 PM
Org2 luar bandar juga perit terkesan.. dah la bukan kaya raya. Agak2 kalau vvip, raja2 sultan2 ni kumpul harta kekayaan mereka dan bantu rakyat.. cukup tak yea mak tanya aje.. sbb diaorg kan kaya sampai 7 keturunan katanyaa harta tak abis kannnn
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 03:23 PM
moga dipermudahkan
Quote sfrnna 14-7-2021 03:47 PM
Kat kawasan rumah meols ajk masjid yg uruskan pembahagian bantuan ni. Pandai2 la agih. Takkan Taman takda rukun tetangga, takda ajk masjid/surau boleh uruskan.
Quote pasa 14-7-2021 03:59 PM
sebelum suruh beredar hulur la sorg RM 50 ke 100 yg...

duit kat peti besi byk siap hilang 200k dah jumpa belum?
Quote Skuau 14-7-2021 04:18 PM
ko kan pernah jadi Menteri Belia(& Sukan)...yg kena jaga seluruh negara...takat Muor/Muar jer...takkan dah 'KALUT'???
Quote alieyrina 14-7-2021 04:30 PM
Semoga ada jalan lain. Kesian yg betul2 perlukan duit sakit kronik etc.
Quote dewimalam78 14-7-2021 04:38 PM
Kena pandai delegate kerja. Kalau semua benda dr kecik sampai ke benda besar dia nk buat handle..bermakna dia bukan leader yg bagus.
Quote sparkly 14-7-2021 04:39 PM
Syed saddiq ni nak glemer je

He wants to b popular

time2 covid ni kena la jadi bijak sikit, jgn la suruh org ramai2 beratur berhimpun, langgar SOP, lagi bnyk la org dpt covid nanti
Quote Knowlee 14-7-2021 05:52 PM
dewimalam78 replied at 14-7-2021 04:38 PM
Kena pandai delegate kerja. Kalau semua benda dr kecik sampai ke benda besar dia nk buat handle..ber ...

HE IS NOT A LEADER AT ALL.
Quote lavendernovella 14-7-2021 07:53 PM
makiting: Org2 luar bandar juga perit terkesan.. dah la bukan kaya raya. Agak2 kalau vvip, raja2 sultan2 ni kumpul harta kekayaan mereka dan bantu rakyat.. cuku ...


Dorang atas kayangan nyaman nan permai tu pandangkah kita2 kat bumi ni? {:stress
Quote Ciktiekus 14-7-2021 08:34 PM
makiting: Org2 luar bandar juga perit terkesan.. dah la bukan kaya raya. Agak2 kalau vvip, raja2 sultan2 ni kumpul harta kekayaan mereka dan bantu rakyat.. cuku ...


Cukup bebenor..tapi tu lah kalau derma takut xcukup nk sampai ke keturunan ketujuh pulekk
Quote timohnotecah 14-7-2021 08:59 PM
makiting replied at 14-7-2021 03:23 PM
Org2 luar bandar juga perit terkesan.. dah la bukan kaya raya. Agak2 kalau vvip, raja2 sultan2 ni ku ...

Anok raja tak turun padang ke jenguk bangsa johor yang kesusahan innih?....duit banyak khuenz....labur lah sikit
Quote scorpionkiki 14-7-2021 10:16 PM
Kenalan2 i yg merupakan pengundi muar suka kat dia..padahal depa dulu pas. Depa kata dia jaga parlimen dia sangat baik...i rasa next election dia menang lagi kalau bertanding kat situ
Quote Manjahati 14-7-2021 11:34 PM
Moga dipermudahkan semua urusan kita
Quote tumpanglalu74 14-7-2021 11:37 PM
Alahai kesiannye..  Ini la realiti.  Yang susah sanggop lakukan ape saje untok sesuap makanan..  Korang yang suroh pejabat si Sedsodek ney tutop ape sumbangan?  Sumbangang ade le..

Sumbang + bangang = sumbangang
Quote lola0311 15-7-2021 08:41 AM
kenapa dia x edar @allocate kat ke bahagian masing masing lor ikut sine ke kampung ke
Quote lola0311 15-7-2021 08:42 AM
dewimalam78 replied at 14-7-2021 04:38 PM
Kena pandai delegate kerja. Kalau semua benda dr kecik sampai ke benda besar dia nk buat handle..ber ...

kann entah takut cdot nama kot. dia suke tgk org ramai ramai beratur nmpak gempk
Quote nononcrux 15-7-2021 08:49 AM
Skuau replied at 14-7-2021 04:18 PM
ko kan pernah jadi Menteri Belia(& Sukan)...yg kena jaga seluruh negara...takat Muor/Muar jer...takk ...

human being system .. tapi tu lah muar byk area yang berperingkat napa tak buat secara berperingkat dlm pecahan team.. hmm

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039219 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top