Enggan membiarkan kontroversi membelenggu diri, Shuk Sahar memilih untuk tetap optimis menjalani kehidupan dan positif mencari rezeki untuk keluarga. "Alhamdulillah sihat, walaupun memang terkesan semenjak tiada lagi kerja radio dan langsung tiada shooting sekarang. Setiap hari saya perlu bangun dan kuat untuk berjuang mencari rezeki. "Saya ada hutang yang perlu dilangsaikan, ada keluarga yang perlu ditanggung makan minum dan tempat tinggal. Saya juga percaya masih ada ramai lagi yang lebih kuat dan hebat dugaannya daripada saya," tulisnya di Instagram. Bekas penyampai radio itu dalam masa sama berterima kasih kepada semua yang masih memberi sokongan pada perniagannya, Semooth Cafe. "Walaupun lepas ni mungkin anda kurang dapat tengok saya di televisyen, dengan cara saya sendiri sampaikan order anda dari @semooth.cafe," katanya. Terus kuat hadapi hari-hari mendatang, Shuk. - CARI
|
doubleharmonic replied at 14-7-2021 04:05 PM
kuat berjuang cari rezeki ke cari poohkey? hutang air moneyhh perlu dilangsaikan?
ADVERTISEMENT