CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dengar Budak Kecil Baca Surah Nun, Nabil Ahmad Menangis Malu Buta Al-Quran

14-7-2021 03:59 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2913| Komen: 3|Original author: Oleh: LilRose

Nabil Ahmad mengakui pernah menangis kerana malu tidak tahu membaca Al-Quran.

Pelawak dan pengacara popular berusia 37 tahun itu berkata dalam sesi Live bersama penceramah bebas, ustaz Mohammad Yaakub Yusra seperti dipetik Utusan Malaysia bahawa dia tidak memahami agama dengan baik selain tidak pandai membaca Al-Quran sebelum berjinak-jinak dengan jemaah tabligh.



Kredit foto: IG

"Saya akui, memang dulu ada solat, tapi ketenangan itu tiada. Dalam rumah tangga pula, ada sahaja hal yang tak kena, tak puas hati. Suami isteri biasanya akan kerap bergaduh pasal duit sebab ia antara punca masalah dalam rumah tangga.

"Saya tiada masalah itu, namun hati tetap tidak tenang. Suatu hari saya bangun tidur dan cakap pada diri, nak cari agama. Masa itu, tanya pada kawan-kawan sukan motor, baru tahu yang mereka sebenarnya jemaah tabligh yang selama ini tak saya tahu.


"Mereka tak ceritakan selama ini, tapi tunjuk adab dan berlaku baik dengan saya yang teramat sangat sepanjang persahabatan kami. Saya yang minta mereka bawa saya ???keluar??? dan semasa tiga hari berada di Batang Kali, Selangor, perspektif terus berubah," katanya.

Katanya, dia malu dengan Allah SWT. apabila mendengar kanak-kanak berusia lapan tahun mengalunkan surah Nun.

"Saya terjaga pukul 4.30 pagi dan tengok semua orang di madrasah itu sedang mengaji.Saya pula langsung tak tahu mengaji, tak boleh baca Quran dan sepanjang pukul 4 pagi hingga subuh itu, saya menangis mengenangkan apa yang sudah aku buat selama 37 tahun ini?

"Lepas subuh, ada seorang budak kecil mengalunkan surah Nun sehingga habis. Sekali lagi saya menangis sebab terasa amat malu dengan Allah SWT, tak tahu baca Quran," katanya.

Nabil juga bersyukur apabila dia kini tidak lagi hanya menggerakkan bibir jika ke majlis doa selamat.



Dalam masa sama, dia sempat memberi kata-kata semangat kepada orang ramai bahawa kita tidak pernah terlambat dalam menuntut ilmu selagi masih berniat untuk berubah ke arah kebaikan.

Walaupun bercadang menghantar tiga anak perempuannya untuk mendalami bidang tahfiz selepas berusia 12 tahun, Nabil dan isteri, Nazirah Ayub tetap menekankan pembelajaran di sekolah biasa.


Kredit foto: IG

Semoga segala urusan dan perancangan yang sudah Nabil atur berjalan dengan lancar. - CARI
4

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 14-7-2021 04:14 PM
Takkan la x tau mengaji langsung.kita ni kdg2 bila dah terlalu lama xmengaji ..ada laa lupa sikit.sbb penah tgk dia mengaji kt oasis program dgn ustaz don tau je dia mengaji
Quote mdhelmi 14-7-2021 04:23 PM
quran ialah lubuk pahala

1 huruf = 1 kebaikan
1 kebaikan = 10 pahala

1 baris = ~ 40 huruf
1 muka = ~15 baris
1 muka = ~ 600 huruf

baca 1 muka = 600 kebaikan
baca 1 muka = 6,000 pahala
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 04:49 PM
bagus laaa. belajar la

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.113995 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top