Umpama pepatah, berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasilnya. Itu yang kini dilakukan pelakon filem dan drama berkakiber, Syafie Naswip, 29.
Pelakon filem Mukhsin dan Songlap itu begitu rancak melakukan aktiviti berkebun sayur-sayuran di kawasan rumahnya secara kaedah tanaman dalam pasu sejak Januari lalu. Syafie berkata, sudah banyak kali dia menikmati hasil tanamannya itu dan ada yang dijualnya. Sekali gus dapat menjana pendapatan sampingan lain. "Alhamdulillah, walaupun sekarang masih Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan sudah lama saya berehat dari penggambaran, tapi sepenuh masa di rumah tetap dilakukan aktiviti.
"Dengan hasil bercucuk tanam ini, sedikit sebanyak menjimatkan perbelanjaan harian seperti membeli sayur. Malah, menariknya lagi saya juga boleh menjual untuk tambahan pendapatan. Tidaklah rasa terjejas sangat," katanya. Bagaimanapun, baru-baru ini apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur, Syafie serta rakan artisnya yang sudah berlakon sejak kecil bekerjasama membuat aktiviti amal.
|
DayangKirana replied at 15-7-2021 12:28 PM
bagusnye...green fingers..
iols tanam bayam brazil, bagi air, baja, gebur2 tanah, sampai kesudah ...
DayangKirana replied at 15-7-2021 12:28 PM
bagusnye...green fingers..
iols tanam bayam brazil, bagi air, baja, gebur2 tanah, sampai kesudah ...
chandrahusin replied at 15-7-2021 12:33 PM
bagus jgk bdk ni
rajin
dh la berlakon pun best
DayangKirana replied at 15-7-2021 12:28 PM
bagusnye...green fingers..
iols tanam bayam brazil, bagi air, baja, gebur2 tanah, sampai kesudah ...
ADVERTISEMENT