CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diculik Dan Dijual Sejak Umur Dua Tahun, Akhirnya Jumpa Juga Keluarga Asal!

15-7-2021 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7352| Komen: 69

Beijing: Seorang lelaki yang diculik pada 1997 ketika berusia dua tahun di depan rumahnya di wilayah Shandong, akhirnya disatukan kembali dengan keluarganya.

BBC melaporkan, dua orang turut ditangkap atas tuduhan menculik dan menjual Guo Xinzhen.

Polis mengenal pasti anak lelaki kepada Guo Gangtan itu melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kata Kementerian Keselamatan Awam China.

Foto: Agensi

Laporan itu mengatakan polis menangkap seorang lelaki bernama Hu dan seorang wanita bernama Tang di wilayah Shanxi di utara China.

Ketika kejadian, suspek dipercayai menculik kanak-kanak itu dengan niat untuk menjualnya.

Melihat anak itu bermain di luar rumah, Tang terus membawanya lari.


Hu dan Tang menjual anak itu ke wilayah Henan, tempat dia masih tinggal.

Selepas kehilangan anaknya, Guo Gangtan aktif mencari anaknya, sejak 24 tahun lalu.

Menurut BBC, dia menunggang motosikalnya sejauh kira-kira 500,000 kilometer dan mengembara ke lebih 20 wilayah di China untuk mencari Xinzhen.

Akibatnya, Gangtan pernah patah tulang dalam kemalangan, dirompak dan 10 motosikalnya sudah rosak dalam misi pencarian itu.

Dalam pada itu, dua beranak itu dibanjiri ucapan tahniah daripada pengguna media sosial di China

Difahamkan, masalah penculikan kanak-kanak berleluasa di China, sejak bertahun-tahun lamanya.

Menurut The Atlantic, Jabatan Luar Amerika Syarikat menganggarkan sekitar 20,000 kanak-kanak diculik di China setiap tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 15-7-2021 11:20 AM
kerana Allah Maha Berkuasa


Quote zulka 15-7-2021 11:30 AM
wow akhirnya jumpa juga, tahniah...
pernah terbaca dulu dia naik moto cari anak dia yg hilang
Quote zulka 15-7-2021 11:33 AM
Quote mrsLucky 15-7-2021 12:00 PM
Kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa yang tidak pernah putus asa. 24 tahun bukan masa yang singkat. Syukur berjumpa semula. Macam miracle boleh jumpa balik.

Semoga semua penculik2 yang culik budak2 serata dunia ni semua kena kovit delta sampai mati. Benci sangat.
Quote supernaturalee 15-7-2021 12:05 PM
Scene berpeluk menangis ramai2 tu sebijik filem korea
Ttg ank beranak terpisah sbb perang

Quote husie91 15-7-2021 01:23 PM
Sedihnya.. kasih syg seoranb bapa..
Quote Buritan 15-7-2021 01:26 PM
mrsLucky replied at 15-7-2021 12:00 PM
Kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa yang tidak pernah putus asa. 24 tahun bukan masa yang sing ...

Siannyaa.. so sad
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 03:23 PM
baguslah semuanya masih panjang nyawa untuk jumpa balik
Quote Decaffeinated 15-7-2021 03:28 PM
Cina sekarang dah maju siapa2 yang rasa dia mangsa jual dah boleh trace family sekejap ja.

Yang menculik tu dah boleh siap2 nak kena hukum bunuh.

Quote edayildiz 15-7-2021 03:29 PM
cane blh jmpa..miracle betul..
kat malaysia dh lama xdgr psl kes culik sejak covid ni..sibaik mak ayah bdk tu hidup lg..umo dua thn tu xingt pape pun kenangan..kalau 4 thn blh la jgk ingt kn.
Quote TabletSusu 15-7-2021 03:34 PM
edayildiz replied at 15-7-2021 07:29 AM
cane blh jmpa..miracle betul..
kat malaysia dh lama xdgr psl kes culik sejak covid ni..sibaik mak a ...

aah aku pun nak tau mcmn kisah dia sampai boleh jumpa blk mak pak dia
Quote lurve82 15-7-2021 04:08 PM
Elok dia hidup lpas kena culik..penculik jual ke keluarga angkat ke? Slmt bukan utk jual organ atau jadi pengemis…
Quote Plain-tif 15-7-2021 05:19 PM
Syahdunya…..
Quote ladybugz 15-7-2021 06:27 PM
teringat movie based on real life story LION kat netflix. mmg sgt moving la cerita2 mcm ni.
Quote matamata 15-7-2021 07:15 PM
Taktaula kat China, tp kat Malaysia sabit kesalhan kes culik kena hukuman mati mandatori kan?
Quote Tinot7 15-7-2021 07:17 PM
tahniah...

tapi bahaya la caina nih... ramainya kena culik

Menurut The Atlantic, Jabatan Luar Amerika Syarikat menganggarkan sekitar 20,000 kanak-kanak diculik di China setiap tahun. -CARI
Quote dua_chzy 15-7-2021 07:20 PM
Kengkadang tertengok dokumentari gini kat Youtube. Sedih sebak hati ini melihatnya.
Quote dua_chzy 15-7-2021 07:22 PM
Tinot7 replied at 15-7-2021 07:17 PM
tahniah...

tapi bahaya la caina nih... ramainya kena culik

Chaina
USA

Antara negara2 paling tinggi kadar missing kids tiap tahun. Ai google, di nugara Uncle Sam, diandaikan 2.3k children listed as missing persons every day.
Quote Tinot7 15-7-2021 07:28 PM
dua_chzy replied at 15-7-2021 07:22 PM
Chaina
USA


Iols tak pernah pi US, maka tak tau camne tmpt tuh.. caina verani pi dgn tour grup jahh..

Lagi satu tmpt yg iols slalu dgr mcm2, mexico. Siap culik baby nak buat keldai dadah.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.075712 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top