Aksi seorang wanita mencuri di sebuah pasar raya dan menyembunyikan makanan di dalam pakaiannya tular di media sosial. Tribunnews melaporkan, dalam video itu, seorang wanita yang memakai pelitup muka mengeluarkan sejumlah barang makanan yang disimpan di dalam pakaiannya.
Dia mengeluarkan pelbagai jenis makanan satu persatu lalu diletakkan dalam bakul merah di depannya. Antara makanan yang dicuri beberapa coklat jenama terkenal dan makanan jenama biasa. Video itu hingga kini sudah ditonton lebih 2.8 juta kali dengan pelbagai komen ditinggalkan netizen. Difahamkan, lokasi kecurian di sebuah pasar raya di Kampung Ciwangi, Bungursari, Jawa Barat. Pekerja pasar raya dikenali Deris, 28, memberikan keterangan kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu. Aksi wanita itu mencuri menimbulkan kecurigaan petugas keselamatan. Dia melihat suspek mengambil banyak coklat, namun ketika suspek ke kaunter bayaran, coklat itu tidak ada dalam bakul berkenaan.
Ketika pihak keselamatan memeriksa wanita itu, dia mengeluarkan semua makanan yang disorok dalam pakaian dalamnya. Dianggarkan jumlah makanan yang dicuri mencapai jutaan rupiah. "Kebanyakan coklat yang diambilnya, jika dijumlah sekitar 1.2 juta rupiah (RM347.70)," katanya. Difahamkan, suspek berusia 47 tahun dari Tasikmalaya, Jawa Barat. Kes kecurian di pasar raya itu diselesaikan secara baik dengan polis Bungursari. Sumber: Harian Metro
|
Decaffeinated replied at 15-7-2021 03:38 PM
habis lah cair cokelat.
dani-rox replied at 15-7-2021 03:43 PM
kalau coklat mahal, lambat sikit cairnya
Decaffeinated replied at 15-7-2021 03:53 PM
gitu.
means kalau nak cepat kena guna yang murah lah ya... noted.
ADVERTISEMENT