Seorang peguam dikenali dengan nama Fahmi Ramli menerusi Facebook berkongsi kisah seorang wanita yang sudah berkahwin selama tiga tahun baru mengetahui bahawa dirinya merupakan anak angkat yang dinikahkah oleh adik lelaki yang disangka adik kandungnya.
Peguam Syarie itu menceritakan kembali kejadian yang berlaku empat tahun lalu. Difahamkan, wanita itu mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga merupakan rakan sekerjanya. Menurut sumber, dia dinikahkan adik lelakinya iaitu satu-satunya wali yang ada memandangkan ibu bapa mereka sudah meninggal dunia dan mereka juga tidak mempunyai datuk atau bapa saudara. Malah, segala urusan perkahwinan juga diuruskan saudara mara sebelah ibunya. Lebih tiga tahun bahagia bergelar suami isteri, mereka akhirnya dikurniakan sepasang cahaya mata.
Namun, segalanya bertukar menjadi satu mimpi ‘ngeri’ selepas membaca sepucuk surat yang menyatakan bahawa dirinya hanyalah anak angkat keluarga tersebut. Jelasnya lagi, tidak ada seorang pun ahli keluarga dan saudara mara yang tahu pasangan ini mengambil anak angkat. Mereka juga langsung tidak menceritakan apa-apa mengenai perkara tersebut. Untuk mendapatkan kepastian, wanita bersama adik lelakinya membuat ujian pengesahan DNA. Alangkah terkejutnya apabila mendapati keputusan ujian tersebut negatif. Jelas peguam ini, ikatan perkahwinan wanita ini bersama suaminya perlu ‘Difaraqkan’ atau dipisahkan oleh mahkamah. Namun, mereka boleh bernikah semula dengan membuat permohonan wali hakim. Sementara itu, status anak pasangan ini adalah anak sah taraf disebabkan pernikahan mereka bukanlah atas dasar zina. Sumber: OhBulan
|
Decaffeinated replied at 15-7-2021 04:09 PM
Okay cerita ni masuk akal lah kot. Cuma aku terfikir adakah ini yang dikatakan Islam itu mudah?
L ...
ADVERTISEMENT