CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Menteri Kata Kerajaan Tak Gagal, Yang Gagal Kita Kot!" - Fizz Fairuz

15-7-2021 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3375| Komen: 11

Pelakon Datuk Fizz Fairuz memerli dan menyifatkan kerajaan gagal dalam membendung kes harian wabak Covid-19 yang semakin meruncing.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik dalam Instagramnya, Fizz meminta semua untuk berhati-hati terutama penduduk di Selangor dalam berdepan cabaran genting ketika ini.



Kredit foto: IG Fizz

“Menteri kata kerajaan tidak gagal, yang gagal kita kot! So kita jaga kita je lah. Kita mampu!,” tulisnya berbaur sindiran.

Pada hantaran terdahulu, Fizz turut bertanya kepada pengikutnya dengan meminta mereka meneka berapa jumlah kes yang akan direkodkan semalam.




Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan pelakon filem Munafik itu.

“Semua kita yang gagal. Depa (mereka) tak gagal. Asyik-asyik salah rakyat je.

“Tak tahu apa dah nak cakap, hanya mampu berdoa je sekarang ni. Sebab kita memang dah jaga kita. Menteri je tak jaga menteri,” tulis netizen.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Duriand24 15-7-2021 04:00 PM
Menteri jaga menteri - jaga periuk nasi sesama sendiri  time kes teruk pun sebuk berpolitik.hanat betul
Quote kakuzu 15-7-2021 04:10 PM
betullah tu.. mmg rakyat yang gagal pun
macam mana menteri2 dan ahli politik tu boleh jadik menteri/ahli politik?
sbb rakyat yang undi
oleh sebab itu.. next pru.. undi betul2
Quote Nenasketum 15-7-2021 04:43 PM
Virus tak der kaki, korang yang melilau jenjalan tak tahan duk rumah. Masa keje/skolah manjang nak ponteng. Ni suh duk rumah tak mau plak.
Quote BeastMaster64 15-7-2021 05:11 PM
semua sibuk main politik jer ==
Quote annehuda 15-7-2021 05:12 PM
teringat kawan aku nan sorang ni, dok kutuk aku otak tak berkembang sbb balik negeri kelahiran aku (padahal aku spent 10 years bermastautin kat 3 negeri berlainan). ha skrang amekaw berkembang la sgt duk key ell tu kan. at least aku ni adelah jugak jejak tanah, yang die berkurung dalam rumah smpi otak tepu gitu
Quote MarioKarts 15-7-2021 05:48 PM
ni memang kelakar giler
Quote princessofhero 15-7-2021 05:57 PM
ha ha funny btul govt skrang ni
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 06:03 PM
dari yang kat atas sampai bawah gagal
Quote scrocth 15-7-2021 09:25 PM
Dia ni kemain menjilat. Maklumlah katanya byk dpt job kontrak event negeri pahang. Kalau xgagal? Apasal beribu org bunuh diri sejak covid ni?
Quote chacon 16-7-2021 03:28 AM
pada aku stop la tunding jari saat2 getir ni. tak habis2 politik menyalahkan kerajaan gagal sebab kes naik. bgi la kerajaan mana pun time ni tetap dikata gagal.. baik pakat2 bantu yg mana terjejas

tengok luar dari malaysia la deyy...negara lain pun kes melonjak naik..adakah dorg pun kerajaan gagal?


Quote ToungeSoup 16-7-2021 11:21 AM
chacon replied at 16-7-2021 03:28 AM
pada aku stop la tunding jari saat2 getir ni. tak habis2 politik menyalahkan kerajaan gagal sebab ke ...

negara lain kes melonjak naik tapi xde lah berpkpkpkpkpkpkpkpkpd smpi abg jamil mampos...sini sejak awal tahun berpkp..ada kes menurun..makin melonjak ada lah..negara lain kes naik..mco just 2 week..and semua tutup...sini boleh pilih2 plak..mana bukak..mana tutup..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.057064 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top