CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Habis Barang Rosak, Stacy Risau Rumah Keluarga Di Sabah Kerap Dinaiki Air

16-7-2021 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3515| Komen: 16

Rumah keluarga penyanyi Stacy di Kampung Tuavon, Penampang, Sabah, dinaiki air selepas hujan lebat kira-kira jam 2.45 pagi, hari ini.

Stacy berkata, itu kali kedua rumah yang didiami ibu bapa dan adik-beradiknya dinaiki air dalam tahun ini.



Foto: IG

"Setiap kali hujan lebat dan dalam tempoh lama memang air akan masuk ke rumah. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 pagi. Mujur ada ibu bapa, abang dan anak saudara.

"Syukur juga ada yang tersedar jadi mereka cepat-cepat alihkan barang. Tapi, setiap kali air masuk memang banyak barang rosak," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Stacy, buat masa sekarang keluarganya masih menunggu hujan reda dan air surut.

"Saya difahamkan masih penuh air dalam rumah tapi hujan sudah berhenti. Jadi, kena tunggu air surut dulu dan barulah boleh bersihkan.



"Setiap kali jadi perkara sama, saya di sini risau. Tapi, kalau tanya mereka di sana, semua cakap okay saja. Mungkin sebab sudah biasa," katanya.

Stacy berkata, keadaan rumah jiran dan keluarga lain di kampungnya juga menerima nasib yang sama. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 16-7-2021 01:47 PM
moga bertabah.
Quote cikgojesss 16-7-2021 01:52 PM
air bang kikim kepam pun hari hari naik khuen??? untungla
Quote I.K.A888990 16-7-2021 08:17 PM
diharapkan semua baik2 sahaja
Quote nordin84 16-7-2021 08:34 PM
sabah da jd mcm phg.. semua pokok nk ditebang.. tu banjir je memanjang
Quote ImpianSeroja 17-7-2021 11:45 AM
Semoga Dipermudahkn segala urusan
Quote cHimo 18-7-2021 12:05 AM
nordin84 replied at 16-7-2021 08:34 PM
sabah da jd mcm phg.. semua pokok nk ditebang.. tu banjir je memanjang

Tak juga.. area penampang memang kawasan banjir...
Quote dua_chzy 18-7-2021 09:53 AM
nordin84 replied at 16-7-2021 08:34 PM
sabah da jd mcm phg.. semua pokok nk ditebang.. tu banjir je memanjang

Bukan la. Area Penampang tu memang kawasan banjir. Ada penjelasan dari sudut geografi tapi aku lupa der. Sebab tu orang sana, yang bijak, buat rumah atas bukit. Nak elak banjir. Btw kawasan banjir tu kawasan new Penampang, bukan area old Penampang yang berumah kat bukit2.
Quote ashilalat 18-7-2021 09:55 AM
dua_chzy replied at 18-7-2021 09:53 AM
Bukan la. Area Penampang tu memang kawasan banjir. Ada penjelasan dari sudut geografi tapi aku lup ...

So kenapa org maaih dok situ? Kalau aku, lama dah pindah. X larat hadap banjir selalu.
Quote naina 18-7-2021 11:27 AM
ashilalat replied at 18-7-2021 09:55 AM
So kenapa org maaih dok situ? Kalau aku, lama dah pindah. X larat hadap banjir selalu.

Macam Kelate la..tau dah tempat tu sokmo banjir..tapi orang tetap buat rumah kat situ.
Quote ReginaGeorge 18-7-2021 11:31 AM
Mungkin stacy boleh hulurkan sikit duit pada mak. Ayah beli rumah kecik ke flat ke...
Quote scrocth 18-7-2021 01:19 PM
On the other note, bintang2 AF yg kluar dr astro talent semuanya merudum sendu ya? Hazama/hafiz/akim/stacy/adira suma pakat join nova music. Mmg astro ban dorg ke mcm mana? Lagu tema pn byk play dkt slot drama tv3 ja. Tp dgr cita astro/rocketfuel mmg ambik smp 40 peratus pn jumlah bayaran utk setiap projek. Katanya nilai kontrak spoke person 200 ribu, 80k masuk management ya? Mana nk tahan retis2 ni suma.
Quote royaldanish 18-7-2021 01:36 PM
Kalau risau je memang tak dpt tolong..beli la rumah sebijik dkt area Sulaiman sana tu haaa
Quote ashilalat 18-7-2021 05:09 PM
naina replied at 18-7-2021 11:27 AM
Macam Kelate la..tau dah tempat tu sokmo banjir..tapi orang tetap buat rumah kat situ.

Tu lah...why? Soalan aku why?
Quote naina 18-7-2021 05:11 PM
ashilalat replied at 18-7-2021 05:09 PM
Tu lah...why? Soalan aku why?

Maybe Sebb takda tanah lain
Tu je tanah peninggalan yg ada
Knowing ramai yg susah disana dan disitu kan
Quote naina 18-7-2021 05:12 PM
scrocth replied at 18-7-2021 01:19 PM
On the other note, bintang2 AF yg kluar dr astro talent semuanya merudum sendu ya? Hazama/hafiz/akim ...

Fuhhh banyaknya..kira macam ko kena bayar balik apa yang ko dah guna time af dulu. Tapi dah bertahun bayar rasa sangat la untung pada astro
Quote imanjannah 19-7-2021 04:31 PM
kesiann tgoknya

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.040847 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top