Agensi berita CNN memecat tiga pekerjanya yang hadir bekerja ke pejabat meskipun mereka belum divaksin. Presiden CNN Jeff Zucker menjelaskan, semua kakitangan melalui satu pekeliling semalam mewajibkan vaksinasi sekiranya melaporkan diri ke pejabat atau bertugas di lapangan di mana akan berlaku kontak rapat dengan pekerja lain.
Bagaimanapun, CNN tidak mendedahkan sebarang butiran berhubung tindakan pemecatan itu atau di lokasi mana pekerja terbabit. Beliau yang juga pengerusi bahagian berita dan sukan Warner Media berkata, syarikat itu tidak akan bertolak ansur mengenai isu itu. Pekeliling itu menjadi tular selepas dibocorkan kepada media menerusi Twitter wartawan CNN Oliver Darcy. "Semua kakitangan dari berita, sukan, dan studio yang datang sekarang dan ke selepas ini mesti diberi vaksin. Kami sudah jelas mengenai perkara ini selama berbulan-bulan, jadi seharusnya tidak ada kekeliruan," kata memo dalaman itu.
Buat masa ini sebahagian besar unit jabatan CNN sudah mula beroperasi secara sukarela dan Zucker berkata, lebih daripada satu pertiga kakitangan bahagian berita sudah kembali bertugas. Bukti vaksinasi setakat ini adalah berdasarkan keikhlasan individu, tetapi Zucker berkata dasar berkenaan mungkin akan diubah pada masa akan datang. CNN mewajibkan semua kakitangan di Atlanta, Washington dan Los Angeles memakai pelitup muka, selain pada waktu makan dan minum Dalam pada itu CNN juga mengumumkan tarikh pembukaan sepenuhnya operasi syarikat itu akan ditunda hingga sekurang-kurangnya awal atau pertengahan September depan. Syarikat media lain turut mengikuti jejak yang sama selepas jangkitan kes Covid-19 melonjak dengan ketara di Amerika Syarikat. Selain CNN, Google, Facebook dan Uber turut mewajibkan vaksinasi bagi semua pekerja yang kembali ke pejabat. Sumber: Harian Metro
|
LostStar replied at 6-8-2021 09:47 PM
Blh guna pakai ni.. penjawat awam yg reject vaccine pon blh pecat gak la.. hahaha
white_musk replied at 6-8-2021 09:54 PM
Ambil saja vaksin itu. Jika terjadi apaapa kesan sampingan, saman saja company tempat bekerja itu
zamzam replied at 6-8-2021 10:56 PM
Kalau ikut proklamasi darurat mmg boleh paksa rakyat divaksin.
zamzam replied at 6-8-2021 10:56 PM
Kalau ikut proklamasi darurat mmg boleh paksa rakyat divaksin.
bintangterang replied at 6-8-2021 11:04 PM
company sy tak bg sesapa tanpa 1st dose masuk.anti vax kne ambil AL sampai hbs sambung dgn unpaid le ...
Carlanani replied at 7-8-2021 12:52 AM
Tak lama lagi, yg kerja sektor kerajaan, wajib semuanya vaksin, baru blh bertugas..
white_musk replied at 6-8-2021 11:04 PM
Sekarang ini masih darurat kah?
ADVERTISEMENT