CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aeril Belum Mengadu Apa-apa Tapi Wawa Dah Standby Mesin Bantuan Oksigen

7-8-2021 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8612| Komen: 38

Dijangkiti virus Covid-19 buat kali kedua Rabu lalu, pelakon Aeril Zafrel kini berada dalam keadaan baik selain selera makannya kembali normal.

Isterinya, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 29, berkata, sebagai langkah berjaga-jaga mereka sudah membeli mesin bantuan oksigen sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecemasan.



Kredit foto: IG Aeril

"Aeril okay sahaja sekarang dan dia jalani kuarantin di tingkat atas rumah... saya hanya naik tingkat atas untuk hantar makanan pada dia sahaja.

"Saya dan anak-anak hanya berada di tingkat bawah dan tidur pun di sini.

"Alhamdulillah setakat ini Aeril tidak mengadu apa-apa tapi saya dah beli mesin bantuan oksigen dan dah letakkan di bilik... saya pun minta dia monitor dengan alat penguji level oksigen," katanya ketika dihubungi mStar.



Sebelum ini, Aeril memberitahu dia disahkan positif Covid-19 buat kali kedua pada Rabu lalu.

Pelakon filem Sabda Kekasih itu pernah dijangkiti virus berkenaan pada Januari lalu selepas berjangkit daripada pengurusnya.

"Hmm, positif Covid-19 lagi. Tahun ini sahaja dah dua kali kena... padahal duduk rumah sahaja.

"Ada yang macam ni? Duduk rumah pun positif?" kata Aeril sebelum ini.


Kredit foto: IG Wawa

Sementara itu, Wawa mengesyaki suaminya berkemungkinan dijangkiti di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dihadiri mereka pada dua minggu lalu.

"Saya rasa Aeril mungkin dijangkiti ketika kami pergi dapatkan suntikan vaksin pada 25 Julai lalu.

"Yelah, di situ ramai orang dan kadang-kadang ada orang yang tidak berapa jaga SOP... itu yang saya syak.

"Mungkin kali ini keadaan Aeril tidak berapa teruk sebab dia dah terima suntikan vaksin pertama," kata Wawa lagi.



Pasangan itu berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, serta Aya Soffya kini berusia setahun.


Sumber: mStar
3

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 7-8-2021 04:55 PM
2 kali kena covid.. kalau heols sembuh boleh guna antibody heols utk vaksin.
Quote CtMaryam123 7-8-2021 04:57 PM
RatuDunia94 replied at 7-8-2021 04:55 PM
2 kali kena covid.. kalau heols sembuh boleh guna antibody heols utk vaksin.

I ada baca kalau dah kena sekali ambik masa utk jangkitan ke 2
Quote slyfynx 7-8-2021 05:05 PM
Biasenye kalau kes covid ni mmg aku kesian and simpati.
Tp....
X tau la untuk diorang ni, rase mcm nk membebel2 suruh stop chasing clout.
Siap menyalahkan PPV tanpa usul periksa kot.
Quote miznora 7-8-2021 05:18 PM
Semoga cepat sembuh. Kurangkan main tiktok menari2 tu. Eh
Quote Tinot7 7-8-2021 05:21 PM
Get well soon
Quote nakkomenjugak 7-8-2021 05:23 PM
wow dah ready oxy kat rumah.
Quote guesswho09 7-8-2021 06:29 PM
Boleh beli ke mesin oxigen
ke dia sewa?
dia ambik vaksin kat mana?
Quote guesswho09 7-8-2021 06:33 PM
Maknanya hari ke 10
selepas vaksin
Quote mmett 7-8-2021 06:39 PM
Banyaj duit ok la..bokeh standby mesin oxy
Quote misc 7-8-2021 06:58 PM
Ada duit boleh la beli. Kat shoppee / lazada tak salah plg murah pun dlm 3k ++ dah boleh dpt. Aku ingat nak standby beli yg can tu murah sikit dlm 30++.
Quote shiraloveyou 7-8-2021 08:02 PM
Apa2 pun semoga cepat sembuh...
Quote eyansss 7-8-2021 08:31 PM
entah kenapa kalau untuk deme berdua, aku macam takde simpati…  sebab nampak propa habis…
Quote LadyCarefree 7-8-2021 08:52 PM
slyfynx: Biasenye kalau kes covid ni mmg aku kesian and simpati.Tp....X tau la untuk diorang ni, rase mcm nk membebel2 suruh stop chasing clout.Siap menyalahka ...


Orang kaya xberapa kesian apa2 masuk swasta dpt the best treatment. Lagipun kan dia dah ada mesin oksigen katanya. Oklah tu.
Quote belilies 7-8-2021 08:57 PM
slyfynx replied at 7-8-2021 05:05 PM
Biasenye kalau kes covid ni mmg aku kesian and simpati.
Tp....
X tau la untuk diorang ni, rase mcm ...

Susah nak husnuzon. Ingatkan iols sorg yg fikir cmtu td. Klua cita siti sarah, wawa tanak kalah jua kata dah stenbai mesin O2 kat umah
Quote annadonna 7-8-2021 08:58 PM
Haih sesuka hati sebut ppv. Tak nak mengaku pulak ada contact dgn dealer ke agent ke semua
Quote Jemahjemah1988 7-8-2021 09:49 PM
Baguslahh sediakan awal-awal.. X de lah kalut nanti
Quote asfaz 7-8-2021 10:10 PM
Bukan ke kalau jangkitan dr ppv,pihak kkm akan uar uarkan supaya yg datang tu  kuarantin diri.
Quote lemak_masin 7-8-2021 10:10 PM
Betul ke duduk rumah je? Mcm tak caya je..
Quote guesswho09 7-8-2021 10:14 PM
LadyCarefree replied at 7-8-2021 08:52 PM
Orang kaya xberapa kesian apa2 masuk swasta dpt the best treatment. Lagipun kan dia dah ada mesi ...


Ramai dah yg start beli

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063887 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top