Sejak minggu lalu kecoh diperkatakan mengenai seorang pelawak terkenal tanah air yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Netizen mula berteka-teki siapakah pelawak tersebut, beberapa nama pelawak terkenal mula "dipetik" antaranya Shahrol Shiro, Joey Daud dan juga Tauke Jambu namun ketiga-tiga pelawak ini menafikan individu yang ditahan polis itu adalah mereka. Terkini, Tauke Jambu atau nama lengkapnya Zamatul Amri Zakaria, 45, menerusi akaun Instagram miliknya petang semalam mengakui dia ditahan polis bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia baru-baru ini.
"Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut," ujarnya. Terdahulu, polis dalam satu serbuan telah menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks. Berdasarkan laporan media, Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani memaklumkan, pelawak yang ditahan merupakan seorang lelaki dalam lingkungan 40-an ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah. Nampaknya hingga kini masih belum ada jawapan jelas siapakah pelawak yang dimaksudkan itu. - CARI |
wnwa05: mengaku pulak hari tu bukan ke nafi kena tahan tak boleh ke wartawan tanya direct kat polis siapa pelawak tu? kan senang
bellaamsar replied at 8-8-2021 07:03 AM
Tp dalam report polis yg org share tu mmg nama tikus bendang ni kan.nk konar mana lg
doubleharmonic replied at 8-8-2021 08:27 AM
eh babi. ko nak aku paku kan repot ni kat muka kau yang hodoh cam babi tu ke hanat? dah sah2 repot t ...
ADVERTISEMENT