CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular, Penanggal Menangis Di Melaka

8-8-2021 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11983| Komen: 38

Satu klip video yang merakamkan suara seram yang didakwa datang daripada teriakkan ‘penanggal’ kini sedang tular di media sosial.

Klip video suara seram itu dikongsikan oleh Mizan Yusof Mizan di Kumpulan Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM).


Berdasarkan video pendek tersebut, kedengaran seperti satu suara tangisan yang sangat kuat. Jelas Mizan Yusof, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Melaka dan penduduk mendakwa ‘tangisan’ tersebut adalah bunyi ‘penanggal’.


Foto: Kosmo

Namun begitu, rata-rata orang ramai mendakwa ia bukan bunyi makhluk halus seperti yang disangka sebaliknya itu adalah bunyi seekor musang.

Tetapi ada juga yang percaya bahawa bunyi itu memang datangnya dari makhluk tersebut. Fauzi_Sahar berkata, dia seakan nampak satu kelibat makhluk halus tersebut di atas cahaya lampu jalan berkenaan.


“Saya nampak macama ada sesuatu di atas cahaya lampu itu, kalau dizoomkan memang akan nampak seakan-akan sedang mengintai,” jelasnya.

Meskipun begitu, sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 8-8-2021 01:11 PM
bila maknusia lg takut antoo dari takut tuhan.. kut betul,  apo nak seram2 , lg seram tak solat 5 waktu


yennadei
Quote nakkomenjugak 8-8-2021 01:14 PM
choyyy tak nampak hantu nya dibalik cahaya
Quote makneng 8-8-2021 01:44 PM
Hahahahahawaunya!!!
Quote heythere123 8-8-2021 01:47 PM
bersyukur jugak la tak nampak benda2 gini
Quote Rockafella 8-8-2021 01:56 PM
Baca boleh, percaya jangan. Tiada pernah kelibat hantu dapat dirakam dengan lensa kamera.
Quote chilly 8-8-2021 01:59 PM
Penanggal ada 'nur'?
Quote _blackbird 8-8-2021 02:09 PM
mmg bukan bunyi penanggal pon. suara musang menangis kalau dgr sayup2 waktu malam mmg creepy. baik dia menangis mahupon ketawa. bunyi binturung pon seram juga kalau dengar waktu malam gelap
Quote makadek 8-8-2021 02:11 PM
Mati hidup balek aku tacaya
Quote Thunderclouds 8-8-2021 02:17 PM
Meanwhile kafir laknat suda buat galaxy cruise & space hotel. Melayu isley masih kejar antu
Quote auntyonion 8-8-2021 02:51 PM
Apooo {:dot
Quote noor2 8-8-2021 03:21 PM
Orang lagi takut covid sekarang ni....hantu bukan boleh buat orang mati
Quote dua_chzy 8-8-2021 03:24 PM
Edited by dua_chzy at 8-8-2021 03:26 PM
chilly replied at 8-8-2021 01:59 PM
Penanggal ada 'nur'?


Mereka memang bercahaya (mungkin kerana mereka berbentuk bebola api, tu yang nampak shinee shinee). Akak pernah nampak. Warna biru terang macam lampu spotlight ja terbang lalu bilik akak. Cantik. Ni versi Sabah. Weol panggil balan2. Kawan kata jika biru, meka dah kenyang. Jika merah, meka lapar.
Quote Fortiori02 8-8-2021 03:44 PM
Asal ada benda je, sume terus sangka benda2 mistik. Pastikan dulu bunyi tu bunyi apa,kot2 bunyi binatang ke apa kan.
Quote sukacactus 8-8-2021 03:47 PM
Jenuh teropong ats lampu tu tp xnpk apa pun
Quote noor2 8-8-2021 03:47 PM
dua_chzy replied at 8-8-2021 03:24 PM
Mereka memang bercahaya (mungkin kerana mereka berbentuk bebola api, tu yang nampak shinee shine ...

Mmg wujud ke...awat depa x terbang ke semenanjung
Quote Cik_jantung 8-8-2021 03:56 PM
Mana bunyi antu itu.. tiadakah
Quote renko 8-8-2021 04:12 PM
Apa susah..panggil la mamak singa tu datang check..
Quote Ayda89 8-8-2021 06:02 PM
Benda tak pasti macamni pun nak diviralkan
Quote sekngucing 8-8-2021 06:09 PM
noor2 replied at 8-8-2021 03:47 PM
Mmg wujud ke...awat depa x terbang ke semenanjung

semenanajung pun ada... penanggal tu lah di semenanjung

di thailand di panggil krasue

di indonesia dipanggil kuyang

di pikioin dipanggil manananggal

laos.. kemboja pun ada

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.074007 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top