Seorang wanita warga emas yang hidup susah menyatakan bahawa dia bertahan hidup dengan berlapar dan minum air teh berusia empat hari, lapor laman Merdeka.com kelmarin.
Wanita bernama Sunimah itu hidup sebatang kara dan telah kehilangan suami sejak 20 tahun lalu. Dia juga tidak mempunyai anak atau cucu. Sunimah kini hanya bertahan hidup dengan menumpang tinggal di rumah orang lain yang keadaannya sudah hampir roboh. Akaun Instagram @rumahyatim yang berkongsi kisah Sunimah berkata, wanita itu hanya mampu melakukan kerja menjemur kerak nasi kerana tubuhnya sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat yang lain. “Nenek sudah terbiasa lapar, namun kadangkala ada jiran tetangga yang akan memberikan makanan kepada nenek,” katanya.
Sekiranya tiada jiran yang memberikannya makanan, Sunimah akan berpuasa kerana menurutnya, itu lebih baik daripada meminta-minta. Wanita itu juga akan menyimpan air teh sehingga empat hari dan akan meminumnya sedikit demi sedikit supaya ia bertahan lama. Kisah nenek Sunimah membuatkan netizen bersedih dan mahu membantu nenek itu. “Di mana (lokasi) ini?,” tulis seorang netizen. “Semoga nenek sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus berjuang ya. Tuhan melihat, Tuhan tidak pernah tidur,” tulis seorang lagi netizen. -CARI Sumber: Kosmo
|
dua_chzy replied at 8-8-2021 01:34 PM
Amalan ini akan buat hidup dia lagik panjang dari ummah gemuk yang hari2 melantak cam babi.
Orix replied at 8-8-2021 01:41 PM
Siapa nk umur pjg, sihat, mmg kena belajar berlapar. Iols kalau kena brain fog, buat intermittent fa ...
Orix replied at 8-8-2021 01:41 PM
Siapa nk umur pjg, sihat, mmg kena belajar berlapar. Iols kalau kena brain fog, buat intermittent fa ...
makadek replied at 8-8-2021 02:01 PM
Iolss pn hari2 buat if 20hrs
Start esok puasa penuh sampai nk peyed balik ...journey to 27inch w ...
Thunderclouds replied at 8-8-2021 02:09 PM
Bace komen u ni tringat pesan org dlu2 jgn tlajak2 mkn. Nnt benak.
TOPwind replied at 8-8-2021 01:38 PM
yg melantak tu org UMNO kan?
dua_chzy replied at 8-8-2021 01:34 PM
Amalan ini akan buat hidup dia lagik panjang dari ummah gemuk yang hari2 melantak cam babi.
makadek replied at 8-8-2021 02:01 PM
Iolss pn hari2 buat if 20hrs
Start esok puasa penuh sampai nk peyed balik ...journey to 27inch w ...
None68 replied at 8-8-2021 01:11 PM
Kesian ye..xde anak2 agaknya
ADVERTISEMENT