Justin Bieber meminta pihak media agar berhenti menggunakan gambarnya yang kelihatan buruk ketika sedang menderita penyakit Lyme. "Saya masih lagi terkejut bila tengok masih ada lagi media yang gunakan gambar-gambar saya yang buruk seolah-olah nak tunjuk yang saya ni sedang sakit, lapor Pagesix.
"Banyak lagi gambar saya yang okey yang boleh dipilih tapi, mereka sengaja mahu menggunakan foto-foto yang nampak saya sakit dan tidak sihat, ia suatu yang tidak bagus. "Disebabkan gambar-gambar yang mereka pilih itu ramai selalu tersalah anggap kata saya ambil dadah, sedangkan mereka tidak tahu yang saya pernah hidap penyakit Lyme sebelum ini," katanya. Justin menghidap penyakit itu sejak dua tahun lalu namun dilaporkan sudah beransur pulih. Sekadar info, Lyme adalah penyakit akibat jangkitan bakteria menerusi gigitan kutu. Gejala yang paling umum adalah terdapat ruam kemerahan di kulit akibat penyakit tersebut. Sumber: mStar
|
pooh~key replied at 8-8-2021 05:13 PM
Apa orang kanada mudah kena penyakit lyme ke dekkj? Avril lavigne pun dah kena dekkkkk….
kukukatablog replied at 10-8-2021 06:51 PM
avril tu sepupu dia,
so keturunan kot
kukukatablog replied at 10-8-2021 06:51 PM
avril tu sepupu dia,
so keturunan kot
ADVERTISEMENT