Pelakon dan pengacara, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil memberitahu ada segelintir peminatnya yang sering bertanya bagaimana menangani tekanan masalah hidup kepada dirinya.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata itu menyarankan, kepada sesiapa yang sedang berdepan situasi demikian agar menzahirkan rasa syukur dalam diri. “Pertama sekali saya akan pejam mata kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. “Selepas itu saya akan senyum seikhlas hati dan apabila saya senyum tu saya akan cakap dalam hati Ya Allah tuhanku, terima kasih atas nikmat yang kau beri padaku, aku bersyukur sangat-sangat Ya Allah terima kasihlah.
“Tapi jangan lupa senyum tau. Pada saya, bila kita senyum dan ketawa dia akan hilangkan semua masalah dalam hidup kita. Walaupun masalah itu tidak selesai lagi tapi bagi saya masalah itu akan selesai. “Bila atau bagaimana kita tak tahu tapi ia akan selesai. Apa yang penting adalah sekarang, tak akan kita nak murung sepanjang masa jadi cuba praktikan benda itu dan car aini berkesan, percayalah apa yang saya cakap ni,” katanya.
|
doubleharmonic: sedap ke matcha campur strawbery tuh? kalau teh stoberi infusion uncang tu sedap lah jugak rendam air panas lepas tu minum. ni blended sedap ker? iols ...
Làlisá replied at 8-8-2021 08:59 PM
Go abil go.. Moga istiqamah..
ADVERTISEMENT