CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noryn Aziz Panik Dan Sesak Nafas, Susah Tidur Teringat Siti Sarah

8-8-2021 02:09 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7948| Komen: 23|Original author: Oleh: LilRose

Panik dan sesak nafas. Itu yang berlaku kepada Noryn Aziz sebaik mengetahui teman baiknya, Siti Sarah Raisuddin berikutan paras oksigen tidak stabil.

Berkata kepada BH Online, kali terakhir mereka berhubung adalah apabila isteri kepada pelawak Shuib itu disahkan positif COVID-19.



Kredit foto: IG

"Paling membuatkan Noryn terkesan apabila diberitahu Siti Sarah terpaksa ditidurkan berikutan paras bacaan oksigen yang rendah dan perlu dibedah untuk melahirkan anak.

"Tidak dapat hendak bayangkan situasi dihadapi Siti Sarah hingga Noryn diserang panik seperti sesak nafas dan sukar hendak melelapkan mata," katanya kepada BH Online.

Dia bagaimanapun lega apabila Shuib memaklumkan perkembangan positif Siti Sarah menerusi Instagram.

"Apabila mendapat tahu paras bacaan oksigen Siti Sarah semakin meningkat dan anak yang dilahirkan stabil, saya lega sangat.


"Bagaimanapun, Siti Sarah tetap memerlukan doa daripada kita semua untuk terus kuat," katanya.


Kredit foto: IG

Katanya, hubungan mereka rapat kerana berkongsi banyak minat yang sama.

"Kami boleh berbual mengenai apa sahaja termasuk perkara peribadi. Siti Sarah sangat baik dan seorang yang jujur dalam persahabatan... Saya sangat percaya kepadanya," katanya.

Sama-samalah kita mendoakan Siti Sarah. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reynold00 8-8-2021 02:23 PM
Sedey ble tgk ig siti sarah ,Moga cpt sembuh
Quote nakkomenjugak 8-8-2021 02:28 PM
wp tak ngefans sheols tapi moga2 sheols okay dan cepat2 sembuh
suami, anak2 menunggu di rumah
Quote little_sis 8-8-2021 02:35 PM
Semoga sarah kembali sihat...
Quote slyfynx 8-8-2021 02:35 PM
Ini bukan gosipppppp
Dah ade thread siti sarah kan.
Kene ke bukak perasaan setiap retis tentang ni?
Quote Fortiori02 8-8-2021 03:24 PM
Jelita si noryn ni, bila iols nak sejelita ini {:run
Quote surfin_net82 8-8-2021 03:34 PM
Kulit artis ni dalam gambar je macam ni ek.. realiti kalau candid sama ke? Yang putih pun jd coklat?
Quote Kurex 8-8-2021 05:20 PM
Lainlah noryn aziz yes! yes! yes! bila sarah sesak nafas.. baru boleh gosip
Quote kelapaparut 8-8-2021 05:26 PM
slyfynx replied at 8-8-2021 02:35 PM
Ini bukan gosipppppp
Dah ade thread siti sarah kan.
Kene ke bukak perasaan setiap retis tentang ni ...

ni gossip noryn aziz sesak napas pulak
Quote salmon-suki 8-8-2021 05:35 PM
surfin_net82: Kulit artis ni dalam gambar je macam ni ek.. realiti kalau candid sama ke? Yang putih pun jd coklat?

Welcome to the world of filter and photo editor{:smile{:handsome
Quote OyenLemas 8-8-2021 06:09 PM
moga sarah sembuh spt sedia kala
Quote RatuDunia94 8-8-2021 06:24 PM
surfin_net82: Kulit artis ni dalam gambar je macam ni ek.. realiti kalau candid sama ke? Yang putih pun jd coklat?


It so OBVIOUS. menjawab pertanyaan cuols.. g tgok gambar sarah tgh pakai oksigen kat ig shuib. Itulah kulit asli.
Quote None68 8-8-2021 07:12 PM
Memang panik jugak klu orang yg rapat dgn kita sakit.
Quote depresio 8-8-2021 08:44 PM
Kata dah kena tiarap dah si sarah ni
Paru2 ada darah beku
Allahurabbi
Quote norawestallen 8-8-2021 09:42 PM
depresio replied at 8-8-2021 08:44 PM
Kata dah kena tiarap dah si sarah ni
Paru2 ada darah beku
Allahurabbi

Sumber? Harap2 sarah cepat sembuh
Quote spicygirl3 8-8-2021 10:10 PM
Semoga oxygen level naik dan kembali sihat sarah
Quote imanjannah 8-8-2021 10:55 PM
semoga Sarah cepat sembuh
Quote rosannazmia 8-8-2021 11:11 PM
Edited by rosannazmia at 8-8-2021 11:17 PM

Iols last year anxiety attack tiba dada sempit n x reti nafas lps PM announced lockdown.. astaghfirullah .. ms tu klinik leh lagi bg nab skrg xleh dah.. Nak beli lah nebulizer sendiri.. Lately dgr ceta mcm2, sedih yang amat, smp terkesan moh lah kita esok sempena awal Muharam doa byk2 diampon kan dosa kita n hajat kita tuk thn dpn.. pls lah covid go away!!
Quote matjerk 8-8-2021 11:45 PM
rosannazmia replied at 8-8-2021 11:11 PM
Iols last year anxiety attack tiba dada sempit n x reti nafas lps PM announced lockdown.. astaghfiru ...

Ada jual ye neb tu? Berapa harga?
Quote rosannazmia 9-8-2021 12:25 AM
matjerk replied at 8-8-2021 11:45 PM
Ada jual ye neb tu? Berapa harga?

Iols tel smlm kat pharmacy alpha pro rm300 keatas.. tp laki iols kata ubat dia kena beli kat doc/klinik/ iols x tanya lah pharmacy tu jual ke tak. Kebetulan anak2 iols kalu kena batuk mmg teruk smp nab lah jua ms kecik theyols skrg dah besar alhamdulillah xde nak bantuan.. tp iols ni ler jenis gini lak.. btw Kalu jenis kelinik pakai tu pon ade yg sekali ngn oksigen tp rm1K keatas

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060341 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top